resepi ketupat sotong

Resepi ketupat sotong mempunyai banyak cara penyediaan, tetapi versi Kelantan paling terkenal kerana rasanya yang kaya dengan santan dan gula melaka, menjadikannya kegemaran ramai untuk pencuci mulut.

Sotong segar dan beras pulut menjadi asas hidangan ini, manakala santan dan gula Melaka menambah kelembutan serta kemanisan. Ditambah dengan harum daun pandan, ketupat sotong ini pasti memikat hati sesiapa sahaja yang mencubanya.

Hidangan ini sesuai untuk dimakan panas-panas selepas dimasak atau boleh juga dinikmati sejuk sebagai pencuci mulut, bergantung pada cita rasa masing-masing. Jom lihat resipi penuh di bawah!

Baca juga: Sotong Goreng Tepung Rangup Anti Tanggal, Wajib Gaul Dalam Dua Tepung ‘Ini’

RESEPI KETUPAT SOTONG VERSI KELANTAN

resepi ketupat sotong

Bahan-bahan:

  • 4 ekor sotong saiz sederhana
  • 1 cawan beras pulut
  • 1/2 cawan gula Melaka (ditumbuk halus)
  • 200 ml santan pekat
  • 2 helai daun pandan
  • Sedikit garam

Cara-cara:

  1. Basuh beras pulut dan rendam seketika selama 30 minit.
  2. Isikan separuh beras pulut ke dalam badan sotong. Tutup kepala sotong dengan lidi pencucuk.
  3. Masukkan santan, gula melaka, garam dan daun pandan ke dalam periuk.
  4. Masak sotong berisi pulut sehingga kuah menjadi pekat dan pulut sotong masak sepenuhnya.
  5. Hidangkan panas-panas atau sejuk mengikut cita rasa.

Ketupat sotong versi Kelantan ini berlemak dan sangat sesuai untuk mereka yang suka makan pencuci mulut yang manis ‘leting’.

Sumber: Imanja Zaida

Baca juga: 6 Jenis Sotong Popular Di Malaysia, Yang ‘Satu’ Ini Paling Banyak Diguna Dalam Masakan

Resipi 20 Minit Siap

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN