
Kalau sebut sup ikan siakap, ramai bayangkan hidangan ringkas. Tapi versi yang dikongsikan ini lain sikit, gabungan rasa ala stim limau yang masam, pedas dan segar, tetapi hadir dalam bentuk sup berkuah lebih ‘banjir’. Memang padu hirup panas-panas!
Perkongsian ini jadi perhatian sebab bukan saja mudah, malah sesuai untuk satu keluarga. Lebih menarik, walaupun ringkas, rasanya cukup lengkap sampai anak-anak pun suka makan dengan kuah sekali.
Menu ini juga sesuai untuk yang tak gemar ayam, ikan siakap jadi pilihan utama kerana isinya lembut, manis dan tidak hanyir jika dimasak dengan cara betul.
Baca juga: Sup Udang Paling Simple Tapi Sedap, Kuah Manis Beraroma Ini Rahsia Ramai Bertambah Nasi!
RESIPI SUP IKAN SIAKAP ALA STIM LIMAU BERKUAH

Bahan-bahan:
- 1 ekor ikan siakap (dipotong)
- 3 ulas bawang putih (dicincang)
- 1 inci halia (diketuk)
- 1 batang serai (dititik)
- Akar daun ketumbar
- 2-3 helai daun limau purut
- 1 kiub ayam
- 2-3 cawan air
- 1 biji limau nipis
- Sedikit sos ikan
- Garam secukupnya
- Gula secukupnya
- Cili diketuk (pilihan)
Cara-cara penyediaan:
1. Panaskan sedikit minyak dan tumis bawang putih bersama halia hingga harum.
2. Tuang air dan masukkan kiub ayam. Biarkan hingga mendidih.
3. Masukkan ikan siakap yang telah dipotong.
4. Tambah serai, akar daun ketumbar dan daun limau purut.
5. Masak sehingga ikan masak sepenuhnya.
6. Perasakan dengan sos ikan, garam dan sedikit gula.
7. Perah limau nipis di akhir masakan.
8. Tambah cili jika suka pedas. Siap!
Kenapa Sup Ikan Siakap Ini Jadi Rebutan?
- Rasa ala Thai – masam, masin, pedas seimbang
- Kuah lebih banyak – puas hirup, lagi sedap makan dengan nasi
- Isi ikan lembut – siakap memang sesuai untuk sup
- Mudah dan cepat – bahan ringkas, cara masak tak renyah
Tip Sup Ikan Siakap Lagi Sedap
- Perah limau di akhir untuk elak rasa pahit
- Pilih ikan siakap segar untuk rasa manis asli
- Ketuk cili untuk naikkan aroma pedas semula jadi
- Jangan masak terlalu lama supaya isi ikan tak hancur
Sekali cuba sup ikan siakap versi ini, memang susah nak berhenti. Kuah dia yang masam segar tu buat selera terus terbuka, lebih-lebih lagi kalau makan waktu panas atau hujan.
Memang jenis menu yang akan masuk dalam senarai “masak ulang berkali-kali”!
Selamat mencuba!
Sumber: Aftaa Sofeya
Baca juga: Sup Ikan Merah Simple Resipi Ibu Mertua, Kuah Hijau Padu & Isi Lembut!
Dapatkan Audio+
Hot FM
Kool FM
Eight FM
Fly FM
Molek FM














