Jom cuba resipi Stew Ayam cara Raja Permaisuri Agong. Umum mengetahui Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah cukup dikenali handal memasak di dapur.
Pelbagai hidangan disediakan sehingga terhasil lah buku masakan daripada baginda sendiri bertajuk “Air Tangan Tengku Puan Pahang”. Ramai yang teruja dan teringin merasa air tangan baginda.
Baca juga: Resipi Nasi Goreng Raja Permaisuri Agong, Hanya Guna 5 Bahan Ini Jer
Menerusi perkongsian oleh Cik Puan Makcik Ratu, Stew Ayam ini merupakan salah satu resipi asal daripada Tunku Hajah Azizah Aminah sendiri.
Ketika baginda masih bergelar Tengku Puan Pahang. Cukup sedap dinikmati bersama roti bawang putih. Mari kita tengok resipinya.
RESIPI STEW AYAM RAJA PERMAISURI AGONG
Bahan – bahan:
- 1/2 ekor ayam – potong ikut suka
- 2 – 3 sudu besar tepung gandum
- Sedikit kicap
- 1 sdb lada hitam – tumbuk kasar
- Garam dan serbuk perasa
- 5 biji ubi kentang – dipotong 4
- 1 batang lobak merah – potong besar
- 1 biji bawang besar – potong 4
- 1 tin button mushroom potong 2 dlm tin
Bahan penumis: (hiris nipis)
- 4 ulas bawang merah
- 3 ulas bawang putih
- 1/2 inci halia
- 1 batang kulit kayu manis
- 2 kuntum bunga lawang
Cara – cara:
1. Tumis bahan penumis termasuk bawang serta halia yang dihiris nipis hingga wangi. Masukkan tepung gandum dan digoreng dengan api perlahan supaya tepung agak masak.
2. Masukkan ayam dan ubi kentang, lobak merah, bawang besar dan dikacau rata. Masukkan sedikit air, kicap, garam, lada hitam dan serbuk perasa. Masak sehingga kentang empuk. Akhir masuk button mushroom.
3. Sesuaikan rasa dan kepekatannya. Tabur daun sup dan bawang goreng. Hidangkan.
Selamat mencuba resipi ini.
Baca juga: Meatball Stew Cara Swedish, Viral Hingga 389K Tontonan Di Facebook, Jom Cuba!