
Kalau anda sedang cari menu berkuah yang ringan tapi membuka selera, sotong singgang memang pilihan terbaik. Resipi ini bukan saja mudah, malah sesuai untuk hidangan cepat tanpa perlu bahan yang rumit.
Menariknya, teknik yang dikongsikan ini memastikan sotong kekal lembut, kuah cukup berperisa dan tak hanyir. Memang ngam dimakan dengan nasi panas, ikan goreng dan sambal belacan!
Baca juga: Cara Buat Sotong Goreng Tepung Simple Hanya Dengan 5 Bahan, Sesuai Untuk Menu Berbuka Ekspres!
RESIPI SOTONG SINGGANG

Bahan-bahan:
- Sotong (dibersihkan)
- Halia
- Lengkuas
- Bawang putih
- Lada
- Tomato
- Asam keping
- Garam / serbuk perasa
- Gula (1 sudu)
Cara-cara penyediaan:
1. Hiris halia, lengkuas, bawang putih dan lada.
2. Masukkan semua bahan hiris ke dalam periuk bersama air secukupnya.
3. Rebus hingga mendidih dan keluar aroma wangi.
4. Tambahkan tomato dan asam keping.
5. Perasakan dengan garam atau serbuk perasa, serta sedikit gula.
6. Akhir sekali, masukkan sotong.
7. Masak sekejap sahaja sehingga sotong cukup masak.
Rahsia sotong singgang sedap (WAJIB ikut):
- Jangan masak sotong terlalu lama, ini punca utama sotong jadi keras dan liat.
- Air jangan terlalu banyak supaya kuah lebih pekat dan padu.
- Masukkan sotong di langkah terakhir untuk kekalkan tekstur lembut.
Tips hidangan lagi sedap:
Sotong singgang memang lagi “power” kalau makan dengan:
- Ikan goreng panas
- Sambal belacan pedas
- Ulam-ulaman segar
Gabungan ini buat hidangan jadi lengkap, kampung style tapi cukup menyelerakan!
Resipi sotong singgang ini memang sesuai untuk yang nak masak cepat tapi tetap sedap. Sekali cuba, confirm akan ulang banyak kali!
Selamat mencuba!
Sumber: Hana Ramli
Baca juga: Udang Masak Singgang Menyegarkan, Resipi Campak-Campak Ini 15 Minit Terus Siap
Dapatkan Audio+
Hot FM
Kool FM
Eight FM
Fly FM
Molek FM














