resepi sotong sambal sedap

Sedang cari resepi sotong sambal sedap yang mudah, cepat dan tak guna banyak bahan? Resipi ini memang sesuai untuk anda. Sambalnya pekat, rasa pedas manis seimbang dan sotong pun tak liat bila dimasak.

Resepi ini diinspirasikan daripada cara masakan emak-emak yang menggunakan bahan asas, tetapi tetap menghasilkan sambal yang padu. Sesuai dimakan dengan nasi lemak, nasi goreng atau bihun goreng.

Baca juga: Resipi Sotong Masak Cili Padi Kunyit, Tekstur Lembut & Tak Kecut Bila Ikut Cara Ini

RESEPI SOTONG SAMBAL SEDAP

resepi sotong sambal sedap

Bahan-bahan:

  • 1 kg sotong – dipotong ikut suka
  • 1 biji bawang besar
  • ½ inci halia – dihiris nipis
  • 3 ulas bawang putih
  • 2-3 senduk cili kering kisar
  • 3 sudu besar gula pasir
  • 1 kotak kecil santan
  • ½ sudu besar pes asam jawa
  • 2 sudu besar kicap manis
  • Sedikit garam

Cara memasak:

  1. Panaskan minyak secukupnya dalam kuali.
  2. Bila minyak dah panas, tumis bawang besar yang dihiris, bawang putih dan halia. Tumis hingga bawang menjadi layu dan wangi.
  3. Seterusnya, masukkan cili kering kisar. Teruskan menumis hingga cili masak dan pecah minyak.
  4. Masukkan sotong yang telah dipotong dan gaul rata dengan sambal. Sotong ini tak perlu masak lama sangat, cukup dalam 3-4 minit atau sampai ia mula mengecut dan berubah warna.
  5. Bila sotong dah separuh masak, masukkan kicap manis dan gula pasir. Kacau sebati.
  6. Lepas itu, tuang santan dan biarkan kuah mendidih seketika. Kacau perlahan supaya santan tak pecah minyak terlalu cepat.
  7. Bila kuah mula mendidih, masukkan pes asam jawa dan garam secukup rasa. Kacau dan teruskan masak hingga sambal betul-betul pekat dan pecah minyak.
  8. Masa ini sambal akan jadi lebih cantik dan berkilat.
  9. Dah siap! Angkat dan hidangkan bersama nasi putih panas-panas.

Sumber: Khairul Hakimin Muhammad

Baca juga: Resipi Kerabu Sotong Ini Buat Kecur Air Liur, Sekali Makan Pasti Akan Teringat-Ingat!

Resipi 20 Minit Siap

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN