sotong kukus

Nak makan hidangan lauk seperti di kedai makan Thai tapi tiada kesempatan, jangan risau kerana anda boleh masak sendiri di rumah dengan resipi Sotong Kukus Limau ini.

Sotong Kukus Limau atau dikenali juga sebagai sotong masak stim sering menjadi pilihan lauk di kedai makan Thai. Rasa masam dan pedasnya, memang cukup memikat selera.

Irene Raihan ada berkongsikan cara-cara memasak resipi yang lazat ini di Facebook dengan langkah demi langkah yang sangat mudah. Jom kita cuba!

Baca juga: Sotong Bakar Sambal Macam Restoran Seafood, Gerenti Selera Terangkat!

RESIPI SOTONG KUKUS LIMAU

sotong kukus

Bahan-bahan untuk sotong:

  • Sotong
  • Cabai Melaka merah dan hijau
  • Sos ikan
  • Limau nipis
  • Daun ketumbar (dengan akar sekali)
  • Gula
  • Bawang putih
  • Lengkuas
  • Daun pudina
  • Serai

Bahan-bahan untuk sos:

  • 1 sudu besar gula
  • 3 sudu besar air limau
  • 1½ sos ikan
  • 1 ulas bawang putih
  • Cabai Melaka (dipotong)

Cara-cara memasak:

1. Mula-mula, cuci sotong dengan bersih.

2. Selepas itu, potong sotong seperti dalam gambar tapi jangan sampai putus.

sotong kukus

3. Kemudian, susun sotong dalam bekas untuk kukus.

4. Letak lengkuas, serai (dipotong), akar ketumbar, sedikit bawang putih atas sotong.

5. Seterusnya, kukus dan buka api paling kuat. Apabila sudah masak, buang air sotong.

6. Bagi menyediakan sos, masukkan gula, air limau, sos ikan, bawang putih dan cabai melaka, kemudian kacau sampai hancur.

7. Apabila sos sudah siap,  tuang atas sotong yang telah dikukus tadi.

8. Akhir sekali, tabur daun ketumbar dan daun pudina, kemudian hias dengan potong sedikit limau nipis-nipis di atasnya. Siap untuk dihidang!

Sotong Kukus Limau ini sesuai dijadikan sebagai hidangan lauk yang lazat buat keluarga di rumah. Bukan saja boleh dimakan bersama nasi, malah nak ratah begitu saja pun sedap.

Selama ini makan ayam atau ikan kukus saja, jadi kali ini boleh buat sedikit kelainan dengan menggunakan sotong pula. Apa-apa pun, hasilnya pasti membuatkan selera anda terpikat.

Selamat mencuba!

Sumber: Irene Raihan

Baca juga: Sotong Goreng Tepung Rangup Anti Tanggal, Wajib Gaul Dalam Dua Tepung ‘Ini’

Resipi 20 Minit Siap

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN