sos yong tau foo

Kalau sebut yong tau foo, ramai yang sebenarnya paling suka bahagian sosnya. Malah, sos yong tau foo yang pekat dan cukup rasa mampu membuatkan hidangan biasa menjadi lebih menyelerakan.

Menerusi perkongsian Tuan Adriana Arissa di Facebook, beliau mengakui sos yang dibuat kali ini jauh lebih sedap berbanding sebelum ini. Rahsianya terletak pada penggunaan taucu yang membuatkan rasa sos lebih lengkap dan tidak lagi terasa kosong.

Baca juga: Sos Sukiya Viral Ini Buat Ramai FOMO, Rupanya Guna Bahan Simple Tapi Rasa Power Habis!

RESIPI SOS YONG TAU FOO

sos yong tau foo

Bahan-bahan:

  • 2 sudu makan taucu (dihancurkan)
  • 2 sudu makan tepung jagung
  • 1 sudu makan tepung gandum
  • 3 sudu makan kicap pekat
  • 3 sudu makan sos tiram
  • 4 hingga 5 sudu makan gula, nisan atau gula Melaka
  • Sedikit garam
  • 3 cawan air
  • Bijan yang telah disangai

Cara-cara Penyediaan:

1. Masukkan taucu yang telah dihancurkan ke dalam periuk.

2. Tambahkan tepung jagung, tepung gandum, kicap pekat, sos tiram, gula, garam dan air.

3. Kacau sehingga semua bahan sebati.

4. Masak menggunakan api perlahan sambil terus dikacau sehingga kuah mendidih dan sedikit pekat.

5. Perasakan mengikut citarasa masing-masing.

6. Taburkan bijan yang telah disangai sebelum dihidangkan bersama yong tau foo.

Tips Buat Sos Yong Tau Foo Lebih Sedap:

  • Taucu yang dihancurkan menjadi rahsia utama yang membuatkan sos lebih kaya rasa.
  • Gula Melaka atau nisan boleh digunakan bagi menghasilkan rasa manis yang lebih semula jadi.
  • Jika mahu sos lebih pekat, tambahkan sedikit lagi bancuhan tepung jagung.
  • Bijan yang disangai terlebih dahulu akan memberikan aroma yang lebih harum.
  • Sos ini juga sesuai dijadikan pencicah untuk bebola ikan, tauhu goreng dan pelbagai makanan lain.

Dengan gabungan taucu, kicap pekat dan sos tiram, tidak hairanlah sos yong tau foo homemade ini menjadi kegemaran ramai. Sekali rasa, memang terus suka kerana rasanya lebih pekat, seimbang dan tidak kalah dengan yang dijual di luar.

Selamat mencuba!

Sumber: Tuan Adriana Arissa

Baca juga: Resipi Kuah Rojak Homemade Ala Kenduri, Jimat, Sedap & Confirm Laku Keras!

Resipi 20 Minit Siap

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN