
Dalam setiap majlis kenduri, kadangkala yang buat orang ingat bukanlah lauk berat, tapi menu sampingan seperti Kuah Rojak homemade yang luar biasa sedap.
Kuah Rojak ialah sejenis sos pekat digunakan sebagai pencicah yang memberikan rasa unik dan lazat kepada rojak. Biasanya, ia terdiri daripada campuran buah-buahan, sayur-sayuran atau makanan bergoreng seperti tauhu atau cucur.
Melalui perkongsian di Facebook, Nor Hafiza Ghazali telah tunjukkan cara membuat Kuah Rojak homemade yang hasilnya pasti mengundang selera tetamu. Jom kita cuba!
Baca juga: Kuah Rojak Petis Pekat Berkilat, Buat Sendiri Di Rumah Lebih Puas Hati!
RESIPI KUAH ROJAK HOMEMADE

Bahan-bahan:
- 1kg sos cili (paket) jenama Kimball
- 1 botol kicap pekat (500ml) jenama Jalen
- 1 bekas otak udang atau petis udang
- 1kg gula
- 2 paket kecil serbuk cili (jika suka pedas, boleh tambah)
- Sedikit air asam jawa
- Garam secukup rasa
- Bijan (sangai dulu)
- Serbuk kacang tanah (ikut suka nak letak banyak mana)
Cara-cara memasak:
1. Mula-mula, campurkan semua bahan kecuali bijan dan serbuk kacang.
2. Kemudian, masak atas api perlahan sampai sedikit pekat (jangan pekat sangat sebab nanti sejuk jadi lebih pekat).
3. Selepas itu, boleh masukkan bijan dan biarkan sejuk sebentar.
4. Seterusnya, masukkan ½ serbuk kacang dan kacau sampai sebati.
5. Akhir sekali, tabur ½ lagi serbuk kacang. Siap untuk dihidang!

Dengan bahan mudah, rasa yang boleh diubah ikut selera dan kos berbaloi, Kuah Rojak homemade ini sesuai dijadikan menu kenduri, jamuan pejabat atau jualan kecil-kecilan.
Selamat mencuba!
Sumber: Nor Hafiza Ghazali
Baca juga: Kuah Mee Rojak Ayam, Tengok Pun Boleh Buat Selera Terangkat Punya!
Dapatkan Audio+
Hot FM
Kool FM
Eight FM
Fly FM
Molek FM














