sos sukiya viral

Trend sos sukiya viral sekarang memang tengah lalu dekat Threads dan ramai pula mengaku terus ketagih selepas cuba sendiri di rumah. Dengan hanya beberapa bahan simple, sos ini dikatakan boleh buat rasa steamboat dan grill jadi lebih padu macam makan dekat restoran Jepun.

Perkongsian daripada ainaamirahv ini mula menarik perhatian ramai selepas dia berkongsi kombinasi bahan yang nampak biasa, tapi hasilnya memang luar jangkaan. Ramai netizen siap mengaku “fomo yang tak rugi” sebab rasa dia sedap sangat!

Baca juga: Roti Butter Kaya Viral Ala Coffee Bean, Wanita Ini Kongsi Rahsia Sampai Suami Minta Hari-Hari!

RESIPI SOS SUKIYA VIRAL YANG RAMAI TENGAH CUBA

sos sukiya viral

Bahan-bahan:

Gabungan bahan ini menghasilkan rasa pedas, berlemak dan wangi yang memang ngam dimakan dengan pelbagai jenis hidangan.

Cara-cara penyediaan:

1. Potong semua bahan seperti bawang putih, daun bawang, daun ketumbar dan cili padi.

2. Untuk hasil lebih cantik dan rasa lebih sebati, cincang semua bahan lebih halus.

3. Masukkan sos sesame dan chili oil mengikut citarasa masing-masing.

4. Gaul rata dan siap dimakan.

Tak perlu masak, tak perlu teknik rumit. Sebab itu ramai suka buat sendiri dekat rumah.

Ini Tip Penting Kalau Tak Nak Rasa Pelik

Menurut perkongsian asal, bawang putih jangan letak terlalu banyak kerana baunya boleh jadi terlalu kuat dan melekat dekat tekak. Bila terlebih bawang putih, rasa keseluruhan sos jadi kurang sedap.

Kalau suka tekstur ala restoran Jepun, boleh cincang bahan lebih halus supaya sos nampak lebih premium dan mudah sebati.

Malah ada yang makan bersama dumpling, ayam goreng dan seafood sebab rasa sos ini memang masuk dengan banyak jenis makanan.

Kalau anda tengah cari idea sos baru yang mudah tapi sedap, memang wajib cuba sos sukiya viral ini. Sekali buat memang faham kenapa ramai tengah obsessed!

Selamat mencuba!

Sumber: ainaamirahv

Baca juga: Sos Bolognese Budu Viral Di Threads, Macam ‘Rare’ Tapi Ramai Dah Cuba Cakap Umami Sampai Langit!

Resipi 20 Minit Siap

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN