sisi gelap buffet

Rupa-rupanya, ada sisi gelap buffet ramadan yang ramai tidak tahu dan lelaki ini dedahkan mengapa bayar mahal dianggap tidak berbaloi. 

Setiap kali tibanya bulan Ramadan, restoran-restoran serta hotel-hotel sering mengemukakan pelbagai pakej bufet berbuka puasa dengan makanan tanpa had (boleh tambah banyak kali) bergantung kepada harga tertentu.

Baca juga: “Mata Kasar Tak Nampak” – Tanda Kedai Makan Guna Pelaris, Ustazah Ini Kongsi Cara

Kehadiran pelbagai hidangan dengan harga tertentu menarik minat ramai. Walau bagaimanapun, adakah pakej ini benar-benar memberi nilai yang sepadan atau hanyalah usaha pemasaran semata-mata untuk mendapatkan keuntungan?

SISI GELAP BUFFET RAMADAN YANG RAMAI TIDAK TAHU

Satu pandangan yang menarik muncul melalui perkongsian seorang lelaki di platform media sosial, Saify Akhtar. Beliau mendedahkan sisi gelap pakej bufet berbuka puasa yang sering dipuji oleh orang ramai.

Sebagai seorang yang mempunyai pengalaman dalam pengurusan makanan dan minuman, beliau mendakwa bahawa pelbagai pakej bufet dengan harga melebihi RM60 adalah penipuan. Ini kerana kualiti hidangan yang ditawarkan sama, tidak kira berapa harga kena bayar.

Video Penuh: 

@saify.akhtar

Bro, kalau you bayar more than RM60 for Ramadan Buffet, you dah kena scam! It’s all about quantity, bukan quality tau. Sini I share to all of you about the darkside of Ramadan Buffet. If you nak sangat makan buffet, tunggu bos or your client jemput, then baru you pergi. Correct or not? #Buffet #BukaPuasa #Puasa #Ramadan #KLFoodie #ResipiMudah #ResipiBuka #Foodie #BuffetPuasa #BuffetTerbesar #MenuViral #MalaysiaFoodie #ResipiSimple

♬ original sound – Saify Akhtar – Saify Akhtar

“Kebanyakan bufet yang disediakan adalah serupa. Sama ada anda membayar RM30 atau RM300, di restoran dua bintang atau lima bintang, kualiti makanan yang diperoleh tetap serupa. Mereka lebih menitikberatkan pada kuantiti berbanding kualiti,” katanya.

Tambahan pula, walaupun hidangan mewah disediakan, kebanyakan pelanggan lebih cenderung untuk memilih hidangan yang lebih ringan seperti kuih, bubur, dan minuman. Ini menyebabkan mereka tidak dapat menikmati sepenuhnya hidangan mahal yang disajikan.

Keuntungan Bulan Ramadan Setara Dengan 6 Bulan Punya Untung

sisi gelap buffet ramadan

Gambar sekadar hiasan.

Beliau turut mendedahkan bahawa penyedia bufet hanya fokuskan perniagaan mereka semasa bulan Ramadan sahaja kerana dapat mengaut keuntungan setara dengan 6 bulan, iaitu tiga hingga lima kali ganda berbanding hari biasa.

Isu pembaziran makanan juga ditekankan, di mana bufet menjadi penyumbang kepada masalah ini.

Menurutnya, lebih baik untuk memilih menu ala carte jika anda ingin menggunakan wang anda secara bijak, kerana kualiti hidangan lebih terjamin.

Kritikan yang diberikan oleh Saify Akhtar ini memberikan perspektif yang penting tentang perkara-perkara yang perlu difikirkan sebelum melabur dalam pakej bufet berbuka puasa.

Dengan menyedari hal ini, anda dapat membuat keputusan yang lebih bijak semasa memilih pakej bufet berbuka puasa yang sesuai dengan keperluan dan keinginan masing-masing.

Sumber: TikTok Saify Akhtar

Baca juga: Cara Nak Tahu Kedai Mamak Muslim Atau Tidak, Semak 6 Ciri Ini

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN