Siput Sawah Gondang

Pernah makan Siput Sawah Gondang? Katanya kalau buat masak sambal memang makan bertambah tau!

Siput sawah ini juga ada banyak gelaran lain iaitu Sput Air, Keong Sawah dan Siput Paip. Selalu juga dianggap sebagai ancaman kerana selalu merosakkan sawah padi. 

Jadi, pesawah selalunya akan mengutip siput ini untuk diolahkan sebagai lauk, sate, mahupun jajan. Bukan itu sahaja, sebenarnya banyak juga khasiatnya untuk tubuh badan kita.

Baca juga: Petua Cuci Siput Sedut Sampai Hilang Segala Lumpur & Lendir, Rasa Pun Jadi Manis!

Antaranya ialah menurunkan kolestrol, tinggi protein, menjaga kesihatan rambut, baik untuk pertumbuhan dan kepadatan tulang, dan juga boleh dijadikan antiseptik luka yang semula jadi. 

Kebiasaannya hidangan siput selalu dibuat sebagai masak lemak, tapi kali ini kita buat masak sambal pula. Makan dengan ulam-ulaman pun dah naik selera.

Resipi ini telah dikongsikan sendiri oleh Nora Diana Ahmad menerusi Facebook dan meraih tanda suka sebanyak 1.7K! Wow! Memang ada penggemarnya Siput Sawah Gondang ini. Jom kita cuba~


RESIPI SIPUT SAWAH GONDANG MASAK SAMBAL

siput sawah gondang

Sebelum memasak, pastikan siput ini dicuci bersih sehingga 4 kali supaya tak ada kotoran atau selut di cangkerangnya. Baru lah nanti puas nak meratah.

Bahan-bahan:

  • 2 kg siput sawah gondang
  • 1 biji bawang merah – dihiris
  • Sedikit asam jawa – campur dengan sedikit air

Bahan kisar:

  • 13 buah cili kering – ikut selera pedas masing-masing
  • 4 ulas bawang merah
  • 3 ulas bawang putih
  • Garam secukupnya

Cara-cara memasak:

1. Rebus dahulu siput sawah gondang sampai masak. Tos dan ketepikan.

2. Kemudian, tumbuk atau kisar bahan-bahan di atas.

3. Jika siput sudah masak, hiriskan kemudian tumis bawang merah yang dipotong nipis kemudian tambahkan bahan yang telah dikisar. Masak sehingga pecah minyak.

4. Kemudian tambahkan siput sawah tadi dan gaulkan dengan sambal dengan sekata. Jangan lupa tambahkn sedikit asam jawa yang di cairkan, dan tambah garam biar rasanya lengkap. 

5. Jika terlalu pedas, boleh adjust dengan tambahkan sedikit gula. Bila dah betul-betul masak, boleh padamkan api dapur.

6. Siput sawah gondang masak sambal siap untuk dimakan!


Manis tau isi dia bila dah masak. Mesti ketagih punya korang nak meratah! Yang duduk bandar kalau nak merasa siput ini, boleh je cari di pasar basah tani, mesti ada orang menjual punya. 

Selamat mencuba!

siput sawah gondang

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN