ayam serai

Dah biasa masak ayam goreng kunyit kan? Kali ini apa kata jom cuba ayam goreng serai ala restoran Thai pula. Rasa rempahnya yang cukup rasa memang menaikkan selera, lagi-lagi bila digoreng garing-garing dan makan dengan nasi panas!

Anda pasti suka akan rasanya. Tak pedas pula tu, anak-anak mesti suka. Kalau ada yang nak cuba, ikut saja resipi hasil perkongsian oleh Nurul Ateekah di laman sosial Facebook. Selamat mencuba!

RESIPI AYAM SERAI ALA RESTORAN THAI

Bahan-bahan:

  • 500 gram isi ayam dipotong kecil (dicuci bersih)
  • 2 batang serai (dipotong 2 cm dan ditumbuk hancur mengunakan lesung batu )
  • 2 sudu besar sos tiram
  • 1 sudu besar sos ikan
  • 1 sudu kecil gula
  • 2 sudu besar tepung jagung
  • 5 helai daun limau purut dihiris

Bahan ditumbuk @ dikisar halus tanpa air:

  • 2 pokok akar ketumbar
  • 2 sudu besar lada hitam
  • 5 ulas bawang putih

Cara penyediaan & memasak:

1. Sediakan mangkuk atau bekas, masukkan ayam dan kesemua bahan (KECUALI DAUN LIMAU PURUT), serta bahan yang dikisar halus.

2. Gaul sebati dan perapkan paling kurang selama 30 minit.

3. Panaskan minyak, agak-agak boleh tenggelamkan ayam apabila digoreng nanti. Masukkan ayam dalam kuali panas dan goreng sehingga keperangan.

ayam serai

4. Apabila ayam sudah masak, angkat dan masukkan ke dalam bekas.

5. Taburkan daun limau purut yang telah dihiris tadi. Ratakan ayam bersama daun limau purut.

ayam serai

Siap untuk dihidangkan. Selamat mencuba!

Kredit: Nurul Ateekah

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN