Runsing juga bila sinki bau busuk. Biasanya, apabila kita selesai mencuci semua peralatan masak yang digunakan, pastinya tercium lubang sinki aroma tidak sedap yang keluar dari lubang sinki.
Aroma dari sinki ini, jika dibiarkan, dapat menyebar ke seluruh ruangan dan menyebabkan gangguan bau di seluruh rumah, terutama jika dapur terhubung langsung dengan ruang tamu?
Baca juga: Kenali 7 Jenis Pisau Dapur, Ini Panduan Dan Setiap Fungsinya
Menurut Aina Narina, bau busuk dari sinki terjadi disebabkan oleh minyak, lemak, dan sisa makanan yang masuk ke dalam lubang saluran sinki. Semua bahan ini menumpuk di dalam saluran pipa dan menghasilkan aroma busuk seperti telur busuk.
Di bilik air, masalah bau busuk dari sinki biasanya disebabkan oleh gumpalan rambut yang terkumpul di saluran paip. Secara umumnya, sinki di dapur lebih kuat mengeluarkan aroma busuk berbanding sinki di bilik.
SINKI BAU BUSUK, INI CARA NAK HILANGKAN
Selalunya selepas beberapa bulan, pastinya sinki akan tersumbat kerana makanan yang terperangkap. Seperti minyak dan lemak dari makanana, seterusnya mula mengeluarkan bau yang kurang enak.
Tips ini memang kegemaran Aida tetapi ramai yang masih tidak tahu. Jika ada bau yang kurang menyenangkan, boleh cuba cara ini. Sinki anda pasti lancar dan bau busuk pun tiada.
Bahan-bahan yang diperlukan:
- 1 cawan baking soda
- 2 cawan cuka putih
- Air panas menggelegak
1. Sediakan baking soda dan cuka. Letak satu cawan baking soda di atas lubang sinki.
2. Tuang dua cawang cuka putih di atas baking soda tadi. Jangan terkejut jika terjadinya buih kerana itu bermaksud tindakbalas akan berlaku di dalam sinki untuk menghakis lemak-lemak dan minyak tadi.
3. Tutup sekejap selama 10 minit dan kemudian curah dengan air panas menggelegak sebanyak yang boleh.
4. Perah sedikit dengan lemon untuk menyegarkan sinki tadi.
Selamat mencuba.
Sumber: Aida Narina
Baca juga: Tip Elak Minyak Merecik Ketika Masak Sambal, ‘Confirm’ Dapur Tak Kotor Lagi!