Nak masak lauk menggunakan resipi ringkas untuk keluarga di rumah sebenarnya cukup mudah dengan hanya membuat Singgang Sotong yang sedap.
Lauk singgang yang cukup popular di pantai timur Semenanjung Malaysia merupakan ekstrak herba yang sangat baik untuk kesihatan. Ia mengandungi ekstrak kunyit, serai, lengkuas, asam gelugur, bawang putih dan ikan.
Biasanya kita dengar orang gunakan ikan untuk masakan singgang, tapi kali ini kami terjumpa resipi Singgang Sotong yang sangat menarik dan menyelerakan.
Nak tahu cara membuat Singgang Sotong, anda hanya perlu ikut langkah demi langkah yang dikongsikan oleh Siti Sandra Othman di Facebook ini. Jom kita cuba!
Baca juga: Sotong Tin Paling Simple Dan Pantas, Sedap Sampai Menjilat Jari Dibuatnya!
RESIPI SINGGANG SOTONG
Bahan-bahan:
- Sotong
- 2 batang serai (diketuk)
- ½ biji bawang Holland (dihiris)
- 3 ulas bawang putih
- 1 inci lengkuas
- 1 inci halia
- 10 tangkai cili padi (diketuk)
- ½ asam keping
- Tomato
- Putik jagung
- Daun limau purut
- Garam
- Mushroom seasoning
- Daun ketumbar
Cara-cara memasak:
1. Mula-mula, didihkan air dalam periuk.
2. Kemudian, masukkan serai, bawang holland, bawang putih, lengkuas, halia, cili padi dan asam keping.
3. Setelah betul-betul mendidih, masukkan sotong, tomato, putik jagung dan daun limau purut.
4. Selepas itu, perasakan dengan garam dan mushroom seasoning.
5. Akhir sekali, masukkan daun ketumbar sekali dengan akarnya. Siap untuk dihidang!
Nak buat Singgang Sotong yang sempurna, anda kena terus tutup api apabila mendidih supaya sotong tak kecut setelah dimasak.
Singgang Sotong merupakan hidangan yang cepat dibuat, jadi ia sangat sesuai untuk anda yang terburu-buru dan nak cepat siap.
Hasil kuahnya yang mantap boleh membuatkan sesiapa saja menghirupnya tak berhenti, sampai tak sempat nak toleh kiri kanan.
Bukan saja hidangan ini cukup sihat untuk dinikmati bersama keluarga tersayang di rumah, malah mereka yang sukakan sotong pasti puji kesedapannya nanti.
Selamat mencuba!
Sumber: Siti Sandra Othman
Baca juga: Resepi Sotong Paprik Simple Dengan 3 Langkah, Sedap Sebijik Macam Di Kedai!