Siapa yang gemar masakan singgang? Anda boleh mencuba resipi Singgang Pedas Terengganu yang kami kongsikan. Rasanya lebih enak jika menggunakan ikan merah.
Sangat lazat! Anda mungkin akan menambah nasi tanpa sedar. Jika anda kehilangan selera makan, masakan ini boleh membantu anda. Selera makan anda pasti akan pulih.
Baca juga: Ikan Masak Asam Jawa Cara SIMPLE, Nikmat Hirup Kuah Masam Pedas
Masakan ini original dari orang-orang dulu di Terengganu. Ia dikongsikan oleh Ana Azly dari laman Facebook.
RESIPI SINGGANG PEDAS TERENGGANU GUNA IKAN MERAH
Kami baru siap masak satu lauk cukup. Singgang Pedas Ganu Ikan Merah. Saya plan nak guna ikan kerisi, malangnya ikan kerisi sik ada di pasar batu 7 penrissen tadi.
Jadi, ikan merah sahaja lah digunakan sebagai bahan utama. Saya share lah resipi wajib org terengganu/pantai timur. Tak sah seminggu sehari takdak singgang pedas.
Bahan utama:
- 1 kepala ikan merah sederhana
- Sekeping ekor (kalau guna ikan kerisi untuk resipi ni, boleh masuk 3-4 ekor kerisi)
Bahan kisar:
- 6 biji bawang merah
- 4 biji bawang putih
- 2 biji cili merah besar
- 2 biji cili api merah kecik
- 1 1/2 inci kunyit hidup
- 1 1/2 inci lengkuas
- 1/2 inci halia
Bahan-bahan lain:
- 700ml air
- 1 keping asam keping
- 6 biji bendi
- 1 biji tomato
- Daun kesum secukupnya
- 1 1/2 tsp garam
- 1 tsp gula
- 1/8 tsp ajinomoto
Cara-cara memasak:
1. Bersihkan ikan. Rendam garam dengan air perahan limau sekejap untuk bagi hilang hanyir. Bilas air bersih dan toskan.
2. Bahan untuk blender pulak dipotong kecik-kecik supaya senang blender nak gerak. Blend bahan blender hingga semua hancur.
3. Masukkan bahan blender dalam periuk yang bersesuaian dan tambah air. Untuk bahan blender, resipi ni kena tambah air 700ml. Kuah singgang pedas Terengganu ni kena cair-cair sedikit.
4. Masukkan asam keping sekeping. Boleh guna asam keping baru dan agak besar. Tapi kalau asam keping dah nak kecut kecik, letak 2 keping. Kuah kena ada rasa masam masam sikit.
5. Hidupkan api dapur, reneh semua bahan hingga mendidih sekejap.
6. Kemudian, masukkan garam perasa dan gula. Biasanya singgang pedas orang Terengganu memang guna ajinomoto. Untuk perasa lain kurang bangkit rasa dia. Selepas itu, masukkan ikan, bendi dan tomato.
7. Akhir sekali, masukkan daun kesom. Bila kuah dah ‘ngam’ garam masam manisnya, boleh tutup api dan sedia untuk hidang.
Selamat mencuba.
Sumber: Ana Azly
Baca juga: Kari Ikan Mayong, Padu Buat Kuah Pekat Dan Tak Muak Ini