
Bagi penggemar masakan tradisional pantai timur, nama Singgang Daging Terengganu bukanlah sesuatu yang asing. Walaupun simple, tapi ada auranya tersendiri.
Hidangan tradisional ini mempunyai aroma rempah yang semerbak dan kelembutan daging yang dimasak perlahan. Sejak dulu lagi, lauk ini disukai ramai kerana kuahnya masam pedas seimbang.
Jika anda mempunyai pressure cooker di rumah, bolehlah ikut resipi Singgang Daging Terengganu yang dikongsikan oleh Muliadi Ramli di Facebook ini. Jom kita cuba!
Baca juga: Cara Buang Lemak Daging Dalam Sup, Guna Senduk Saja Hilang Sekelip Mata!
RESIPI SINGGANG DAGING TERENGGANU

Bahan-bahan:
- Daging dan tulang 1½kg (basuh bersih dan boleh basuh dengan tepung gandum, tos dan ketepikan)
- 1 sudu besar lada hitam (ditumbuk kasar)
- 2 sudu besar biji ketumbar (disangai dan ditumbuk kasar)
- 1 sudu kecil jintan manis (disangai dan ditumbuk kasar)
- 1 batang serai (diketuk)
- 6 keping asam keping (jika suka masam, letak lebih)
- 10 biji cili thai
- 5 tangkai lada kering (dibuang biji dan dipotong)
- Bawang holland (potong 6 untuk hiasan)
- Bawang goreng
- Garam dan gula secukup rasa
- Serbuk perasa
Bahan untuk dimayang atau potong nipis:
- 5 biji bawang merah
- 3 ulas bawang putih
- 2 inci lengkuas
- 1 inci kunyit hidup
Cara-cara memasak:
1. Mula-mula, basuh daging dan tulang dengan bersih bersama tepung gandum, tos dan ketepikan.
2. Masukkan daging dan semua bahan ke dalam pressure cooker kecuali cili thai, bawang holland dan bawang goreng.
3. Selepas daging siap masak, masukkan cili thai, bawang holland dan bawang goreng. Siap untuk dihidang!
Singgang Daging Terengganu bukan saja sedap, tapi anda pasti akan hirup kuah sampai ke titisan terakhir. Jika belum pernah makan, inilah masanya untuk cuba lauk ini di rumah.
Selamat mencuba!
Sumber: Muliadi Ramli
Baca juga: Daging Tetel Asam Pedas Melaka, Resipi Padu Ini Kena Dengan Selera Orang Kita!
Dapatkan Audio+
Hot FM
Kool FM
Eight FM
Fly FM
Molek FM














