cara buang lemak daging

Setiap kali dapat hirup kuah sup daging, memang rasa segar dan nikmat tak terhingga. Sebelum itu, anda perlu tahu cara buang lemak daging dalam sup terlebih dahulu.

Ramai suka makan sup daging kerana kuahnya yang berperisa bersama isi daging lembut. Dimakan pula dengan nasi putih yang panas atau roti, memang padu dan kena dengan selera.

Satu perkara yang selalu mengganggu selera apabila makan sup daging adalah lemak dan minyak berlebihan yang terapung di atas kuah. Bukan saja nampak tak menarik, malah ia boleh buat rasa muak.

Sebenarnya, ada cara buang lemak daging dalam sup paling mudah. Anda tak perlu gunakan alat dapur yang mahal, guna senduk dapur biasa saja pun boleh. Jom kita tengok caranya!

Baca juga: Tips Masak Daging Korban Supaya Empuk & Wangi, Confirm Sedap Bila Makan!

CARA BUANG LEMAK DAGING DALAM SUP

1. Mula-mula, sediakan satu senduk besi. Jika tiada, boleh guna aluminium atau stainless steel.

cara buang lemak daging

2. Selepas itu, masukkan senduk itu dalam peti ais di bahagian sejuk beku (10 minit pun sudah memadai).

cara buang lemak daging

3. Kemudian, lalukan senduk (bahagian bawah) pada bahagian atas sup (pastikan sup sudah sejuk sedikit, bukan panas-panas) secara membulat.

4. Akhir sekali, boleh buang hasil lemak atau minyak yang membeku. Siap!

Siapa sangka, alatan ringkas seperti senduk pun boleh jadi penyelamat di dapur kita. Selepas ini nak masak sup daging, bolehlah cuba cara buang lemak daging dalam sup ini.

Tips ini boleh juga digunakan untuk buang minyak lebihan dalam sambal. Oleh itu, jangan lupa kongsikan teknik ini kepada keluarga dan kawan-kawan yang selalu masak di rumah.

Semoga bermanfaat!

Sumber: Hani Mynis

Baca juga: Cara Simpan Daging Korban Yang Betul, Pastikan Buat ‘Ini’ Dulu Sebelum Masuk Peti Ais!

Resipi 20 Minit Siap

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN