daging tetel asam pedas

Bagi orang Melaka, Daging Tetel Asam Pedas bukan sekadar lauk harian, tapi ia adalah warisan rasa. Setiap orang ada cara tersendiri untuk memasaknya, tapi tetap sedap dimakan.

Daging Tetel Asam Pedas adalah sejenis hidangan tradisional Melayu yang terkenal di negeri-negeri selatan Malaysia seperti Melaka dan Johor, tetapi versi Melaka paling ikonik.

Aishah Ismail telah kongsikan resipi di Facebook yang mudah dimasak dan hasilnya mampu membuatkan orang bertambah nasi. Jom kita cuba!

Baca juga: Soto Daging Tetel Campur Tulang, Ada Tips Jadikan Sup Lebih Sedap!

RESIPI DAGING TETEL ASAM PEDAS MELAKA

daging tetel asam pedas

Bahan-bahan:

Cara-cara memasak:

1. Mula-mula, kisar bawang merah, bawang putih, kunyit, daun limau purut, lengkuas, serai, ketumbar, lada hitam, jintan putih dan jintan manis.

2. Kemudian, tumis bahan kisar dan rempah ratus tadi bersama cili kisar sampai naik bau serta garing.

3. Selepas itu, masukkan daging dan ketukkan serai, kemudian gaulkan.

daging tetel asam pedas

4. Masukkan  air dan tutup periuk itu, kemudian renehkan pada api yang sederhana sampai daging empuk.

5. Apabila sudah empuk, masukkan air asam jawa, garam, perasa dan kerisik, kemudian masak sebentar. Siap untuk dihidang!

Dengan resipi ini, daging tetel yang dimasak dalam kuah berempah yang pedas dan masam akan menghasilkan rasa yang cukup kaya dan menyelerakan. Setelah cuba sekali, pasti mahu lagi.

Selamat mencuba!

Sumber: Aishah Ismail

Baca juga: Asam Pedas Ayam Johor, Ada Rahsia Kuah Pekat Kaw Dan Lebih Cantik

Resipi 20 Minit Siap

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN