Mesti ramai yang suka menu yang ringkas yang pasti sedap kan? Menu kali ini resepi dari Thailand iaitu ikan siakap laprik, makan sahaja ikan siakap laprik terus rasa seperti makan di restoran Thai bertaraf kayangan.

Pada yang suka masakan Thai, korang wajib cuba resepi ini makan dengan nasi putih sahaja pun sudah cukup. Jom cuba resepi ini.

Bahan-bahan (dikisar kasar)

  • 6 tangkai cili kering
  • 8 biji cili padi
  • 7 ulas bawang putih
  • 2 pokok akar ketumbar

Bahan – bahan lain

  • 1 ekor ikan siakap
  • 1/2 cawan air asam jawa
  • 2 sudu besar gula
  • 1 cawan air
  • 3 sudu besar sos ikan
  • Daun ketumbar
  • Garam secukup rasa
  • Tomato dan cili merah sebagai hiasan

CARA PENYEDIAAN

  1. Kelar ikan siakap dari belakang hingga ke depan. Sekiranya anda kelar isi ikan, ia akan masak sampai ke tulang.

2. Salutkan ikan bersama garam, kunyit dan tepung jagung.

3. Panaskan minyak dan goreng. Sesekali, ambil minyak itu dan simbah pada atas badan ikan supaya cepat masak.

4. Panaskan minyak, tumis bahan yang sudah dikisar kasar. Kacau sampai bahan sedikit garing.

5. Masukkan 2 sudu besar gula dan kacau sebati.

6. Masukkan air asam jawa dan kacau hingga sebati dan letak 3 sudu besar sos ikan.

7. Masukkan 1 cawan air. Kacau dan biarkan ia kering sedikit dan tabur daun ketumbar dan perasakan bersama garam.

8. Siap dan boleh letak kuah di atas ikan yang sudah digoreng garing tadi. Selamat mencuba.

Sumber: Liza Idris

 

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN