Categories: InfomasiResipi

Seri Muka Gula Merah Tanpa Telur, Ini Rahsia Lapisan Atas Tak Berlubang

Kebanyakan kuih menggunakan telur sebagai bahan asas membuatnya, tapi ada yang pernah buat Seri Muka Gula Merah tanpa telur tau.

Seri Muka atau puteri salat ialah sejenis kuih talam dan pencuci mulut dua lapis Melayu dan Banjar dengan pulut kukus membentuk lapisan bawah dan kastard hijau di lapisan atas.

Selain perisa pandan, anda juga boleh buat kuih Seri Muka Gula Merah dengan resipi yang dikongsikan oleh Stcaldina Ismail di Facebook ini.

Resipi ini bukan saja menarik tanpa menggunakan telur, malah ia sesuai untuk mereka yang baru belajar buat kuih tradisional. Jom kita cuba!

Baca juga: Kaswi Gula Merah Versi Tahan Lama, Kena Buat Cara ‘Ini’ Baru Menjadi!

RESIPI SERI MUKA GULA MERAH

Bahan-bahan pulut:

Bahan-bahan lapisan atas:

  • 1 cawan tepung gandum
  • ½ cawan tepung ubi
  • 2 sudu makan tepung kastard
  • 1 ½ cawan santan

Bahan-bahan kisar:

  • 1 cawan air
  • 1 cawan gula merah
  • ½ cawan gula putih
  • 5 helai daun pandan

Cara-cara membuat:

1. Gunakan loyang saiz 8×8, kukus semua bahan pulut selama 30 minit.

2. Sementara itu, blend semua bahan kisar sampai halus. Campurkan bahan-bahan kisar yang sudah ditapis dengan tepung. Kacau sampai tiada tepung yang berbintil.

3. Seterusnya, tapis adunan dan masak sekejap sampai naik wap.

4. Kemudian, tuang atas pulut yang sudah dipadatkan dan kukus selama 35 minit dengan menggunakan api besar.

5. Buka penutup, kukus lagi selama 10 minit untuk keringkan air di lapisan atas kuih. Setelah sejuk, bolehlah dipotong. Siap untuk dihidang!

Anda pasti puas hati setelah membuat resipi kuih Seri Muka Gula Merah ini. Bukan setakat hasilnya cantik, malah bahagian atasnya sangat lembut apabila dimakan.

Selamat mencuba!

Sumber: Stcaldina Ismail

Baca juga: Talam Cendol Lemak Cukup Rasa, Hasil Terbentuk Cantik Selepas Kukus

Aimi

Recent Posts

Resipi Nasi Goreng Tomyam Semudah ABC, Masak Sendiri Lagi Sedap Dari Kedai!

Sebut sahaja resepi nasi goreng tomyam tentunya anda membayangkan kelazatan nasi putih yang digoreng bersama…

4 hours ago

5 Jenis Santan Kotak Dan Kegunaannya, Kena Tahu Mana Yang Sesuai Untuk Masak Lebih Sedap

Paling dilema apabila beli santan kotak di kedai. Bukan apa, takut salah beli saja. Sebenarnya,…

4 hours ago

Cara Buat Cheesekut Guna Blender, Tak Banyak Bahan Tapi Penuh Berkrim!

Banyak resipi pencuci mulut yang mudah dibuat tanpa perlu bakar atau kukus. Kali ini, kami…

5 hours ago

Resipi Kek Batik Magnum Yang Unik, Bila Gigit Terasa Salutan Coklat Rangup!

Kek batik merupakan pencuci mulut yang sentiasa jadi pilihan ramai kerana ia mudah dibuat dan…

6 hours ago

Kulat Sisir Masak Lemak, Lauk Idaman Buat Yang Suka Makan Pedas!

Kulat sisir masak lemak merupakan hidangan klasik yang tidak pernah mengecewakan dan kali ini kita…

6 hours ago

Telur Puyuh Masam Manis, Menu Simple Tapi Suami Minta Tiap Hari!

Telur puyuh masam manis adalah hidangan ringkas yang mampu memikat selera dengan rasa manis, masam…

6 hours ago