Sempena musim durian yang tengah meriah ini, mari kita cuba resipi seri muka durian. Asyik buat serawa durian dan tempoyak saja, bosan juga!
Resipi ini telah ditambah sedikit tepung beras sebanyak 4 sudu besar sama seperti buat seri muka pandan. Durian yang digunakan juga telah disimpan beku selama beberapa hari.
Resipi oleh Cik Puan Roslina Omar ini tidak rugi untuk cuba kerana pasti menjadi dan jangan derhaka kepada resipi!
Jom baca.
Baca juga: Tip Buat Tempoyak Gerenti Jadi, Ada 9 Pantang Larang Kena Ikut!
RESIPI SERI MUKA DURIAN
Bahan-bahan
Bahan Pulut:
- 2 cawan beras pulut (direndam selama 1 jam dan ditoskan)
- 1 cawan santan pekat (saya gunakan santan kara)
- 1 cawan air
- 1 sudu teh garam
Bahan Lapisan Atas:
- 2 cawan santan pekat
- 2 cawan air
- 1 cawan gula (boleh kurangkan jika tidak mahu terlalu manis)
- 1 cawan isi durian
- 1/2 cawan tepung gandum
- 1/2 cawan tepung jagung
Cara Penyediaan
Menyediakan Pulut:
1. Campurkan santan, air, dan garam. Kacau rata.
2. Kukus pulut bersama campuran santan. Pastikan paras santan sama dengan paras pulut.
3. Setelah pulut masak, tekan dan mampatkan pulut. Ketepikan.
Menyediakan Lapisan Atas:
1. Satukan santan, air, gula, garam, dan isi durian. Kisar hingga sebati.
2. Pindahkan campuran ke dalam bekas lain dan masukkan tepung sedikit demi sedikit. Kacau hingga sebati dan pastikan tiada ketulan tepung.
3. Tuangkan campuran lapisan atas ke atas pulut yang telah dimampatkan.
4. Kukus hingga masak.
Sumber: Roslina Omar
Baca juga: Resipi Karipap Kentang Krup Krap, Makan Mesti Tak Ingat Dunia!