senarai sayur

Sayur memang terkenal sebagai makanan yang baik untuk kesihatan kerana kaya dengan vitamin, mineral dan serat. Namun, tahukah anda tidak semua senarai sayur sayuran sesuai dimakan mentah? Ada sesetengah jenis sayur yang perlu dimasak terlebih dahulu kerana mengandungi sebatian tertentu atau mudah tercemar bakteria.

Bagi yang gemar makan ulam, salad atau sayur segar, penting untuk tahu jenis sayur yang selamat dimakan mentah dan mana yang lebih baik dimasak dahulu. Proses memasak bukan sahaja membantu melembutkan tekstur sayur, malah boleh mengurangkan risiko bahan tertentu yang kurang sesuai untuk tubuh.

Antara senarai sayur sayuran yang tidak digalakkan dimakan mentah termasuk terung, kentang, taugeh, brokoli dan kubis bunga. Walaupun nampak biasa digunakan dalam masakan harian, cara penyediaannya perlu diberi perhatian supaya lebih selamat untuk dinikmati seisi keluarga.

Baca juga: Beza Daun Bawang & Daun Kucai, Ini Cara Mudah Kenal Pasti Supaya Tak Tersalah Beli

SENARAI SAYUR SAYURAN YANG TAK BOLEH DIMAKAN MENTAH

1. Terung

senarai sayur

Terung merupakan antara sayur yang kurang sesuai dimakan mentah kerana mengandungi sebatian solanin. Sebatian ini boleh memberi kesan kepada tubuh jika diambil dalam jumlah yang tinggi.

Solanin juga boleh mengganggu penyerapan kalsium dan menyebabkan beberapa masalah seperti rasa loya, sakit perut, muntah, sakit kepala serta cirit-birit bagi sesetengah individu.

Memasak terung terlebih dahulu dapat membantu mengurangkan risiko daripada sebatian ini selain menjadikan teksturnya lebih lembut dan mudah dimakan.

2. Kentang

senarai sayur

Kentang juga termasuk dalam kategori sayur yang tidak digalakkan dimakan mentah. Sama seperti terung, kentang mengandungi solanin yang boleh memberi kesan kurang baik kepada kesihatan jika diambil berlebihan.

Perhatikan juga kentang yang sudah berubah warna menjadi hijau kerana ia boleh menjadi petanda kandungan solanin yang lebih tinggi. Kentang seperti ini boleh menyebabkan gangguan penghadaman dan tidak sesuai dimakan. Sebaiknya, kentang perlu dimasak sehingga betul-betul empuk sebelum dimakan.

3. Kacang Pea

Walaupun nampak kecil dan selamat dimakan, sesetengah jenis kacang termasuk kacang pea tidak sesuai dimakan mentah dalam kuantiti banyak.

Kacang pea mengandungi glikosida sianogen, iaitu sejenis sebatian yang boleh menghasilkan sianida dalam keadaan tertentu. Sebab itu, proses seperti merendam dan memasaknya terlebih dahulu penting untuk membantu mengurangkan risiko.

Pastikan kacang pea dimasak sempurna sebelum dimakan, terutama jika diberikan kepada kanak-kanak atau individu yang mempunyai sistem imun lebih lemah.

4. Tauge

Tauge memang popular dalam masakan seperti mi goreng, kuey teow dan sup. Namun, elakkan makan tauge secara mentah kerana sayuran ini mudah menjadi tempat pembiakan bakteria.

Tauge mentah berisiko mengandungi bakteria seperti E. coli, Salmonella dan Listeria yang boleh menyebabkan keracunan makanan.

Sebelum dimakan, pastikan tauge dibasuh bersih dan dimasak terlebih dahulu bagi mengurangkan risiko pencemaran bakteria.

5. Brokoli dan Kubis Bunga

senarai sayur

Brokoli dan kubis bunga sering dijadikan pilihan untuk makanan sihat, tetapi kedua-duanya lebih baik dimasak sebelum dimakan.

Menurut kajian yang diterbitkan oleh Scientific American, proses memasak membantu melepaskan sebatian indole dalam sayuran ini. Indole merupakan sebatian organik yang dikaitkan dengan manfaat melawan pembentukan sel pra-kanser.

Selain itu, memasak brokoli dan kubis bunga juga membantu melembutkan tekstur serat supaya lebih mudah dihadam.

Sumber: FMT

Baca juga: Ramai Makan Ulam Raja Sebab Sedap, Tak Sangka Ada Kajian Dedah Manfaat Besar Untuk Otak!

Resipi 20 Minit Siap

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN