cara buat muruku

Cara buat muruku kacang peas ini sangat mudah dan sesuai untuk mereka yang suka menyediakan kudapan homemade di rumah. Teksturnya rangup, bunyi “krup krap” setiap kali digigit memang cukup memuaskan. Lebih menarik, resipi ini menggunakan tepung kacang peas yang memberikan rasa lemak dan aroma tersendiri.

Muruku biasanya menjadi pilihan ramai ketika musim perayaan, namun sebenarnya ia boleh dinikmati pada bila-bila masa. Dengan beberapa bahan asas yang mudah didapati, anda boleh menghasilkan muruku yang rangup dan tahan lama jika disimpan dalam bekas kedap udara.

Selain sedap dimakan sendiri, muruku kacang peas juga sesuai dijadikan hidangan untuk tetamu atau dijual sebagai kudapan. Warnanya yang hijau lembut menjadikan muruku ini kelihatan lebih menarik dan berbeza daripada muruku biasa.

Baca juga: Bukan Onde-Onde Biasa, Ini Resipi Versi Inti Coklat & Salutan Nestum Wajib Dicuba!

CARA BUAT MURUKU KACANG PEAS

cara buat muruku

Bahan-bahan:

  • 2 cawan tepung pulut
  • 1 cawan tepung kacang peas
  • 2 sudu besar gula
  • 1 sudu teh garam
  • 1/2 cawan santan kotak
  • 3 sudu besar marjerin (dicairkan)
  • 1 1/2 cawan air suam
  • 1 biji telur gred A
  • Sedikit pewarna hijau epal
  • Minyak secukupnya untuk menggoreng

Cara-cara penyediaan:

  1. Masukkan tepung pulut, tepung kacang peas, gula dan garam ke dalam sebuah bekas besar. Gaul hingga sebati.
  2. Tambahkan santan, marjerin cair dan telur. Kacau rata.
  3. Masukkan pewarna hijau epal mengikut kesukaan.
  4. Tuangkan air suam sedikit demi sedikit sambil menguli sehingga menjadi doh yang lembut dan mudah ditekan keluar menggunakan acuan muruku.
  5. Masukkan doh ke dalam acuan muruku.
  6. Tekan doh membentuk lingkaran atau bentuk pilihan di atas kertas minyak atau dulang yang bersih.
  7. Panaskan minyak dalam kuali menggunakan api sederhana.
  8. Goreng muruku sehingga bertukar keperangan dan rangup.
  9. Angkat dan toskan minyak sepenuhnya.
  10. Biarkan sejuk sebelum disimpan dalam bekas kedap udara supaya kekal rangup lebih lama.

Sumber: Siti Suzanah

Baca juga: Cara Buat Cekodok Pisang Bulat Cantik, Tak Serap Minyak & Lembut Gebu Kejadiannya

Resipi 20 Minit Siap

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN