khasiat ulam raja

Khasiat ulam raja bukan lagi sekadar cerita turun-temurun. Kajian yang dijalankan oleh Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) mendapati ulam tradisional ini mempunyai potensi untuk membantu mencegah demensia, sekali gus menjadikannya antara ulam tempatan yang menarik perhatian dalam dunia penyelidikan kesihatan.

Ulam raja atau cosmos caudatus mengandungi polifenol yang tinggi, iaitu sejenis antioksidan yang membantu melindungi sel otak daripada kerosakan. Kandungan ini juga dikaitkan dengan pengurangan risiko masalah kognitif seperti prademensia.

Lebih menarik, pengambilan ulam raja didapati berpotensi meningkatkan tahap antioksidan dalam darah serta menyokong fungsi otak yang berkaitan dengan memori dan daya ingatan.

Baca juga: Daun Moringa Ada Banyak Khasiat Tersembunyi, Baru Tahu Ramai Suka Campur Dalam Telur Dadar!

Kajian UKM, Ulam ini Berpotensi Cegah Demensia

khasiat ulam raja

Kajian yang bermula pada tahun 2017 itu diketuai oleh Profesor Dr Suzana Shahar dari Fakulti Sains Kesihatan UKM dengan sokongan geran Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT).

Bagi tujuan kajian, penyelidik menghasilkan ekstrak ulam raja yang kemudiannya dijadikan makanan kesihatan tambahan. Hasil ujian menunjukkan sukarelawan yang mengambil ekstrak tersebut mengalami perubahan positif dari segi memori dan daya ingatan berbanding kumpulan yang mengambil plasebo.

Penemuan ini menjadikan ulam raja lebih daripada sekadar pelengkap hidangan, malah berpotensi menyumbang kepada kesihatan otak apabila diamalkan sebagai sebahagian daripada gaya pemakanan sihat.

Khasiat Ulam Raja Bukan Biasa-Biasa

Ramai menjadikan ulam raja sebagai pelengkap hidangan harian kerana rasanya yang segar dan menyelerakan. Namun, di sebalik kesederhanaannya, ulam ini sebenarnya kaya dengan antioksidan yang baik untuk tubuh.

Dengan pelbagai manfaat yang ditemui melalui kajian, tidak hairanlah ulam raja kini semakin digemari ramai sebagai salah satu makanan sihat yang wajar diamalkan dalam pemakanan harian.

Sumber: Facebook Kementerian Pendidikan Tinggi

Baca juga: Selain Periuk Kera, Ini 10 Sumber Bekalan Air Yang Boleh Diminum Jika Tersesat Di Dalam Hutan

Resipi 20 Minit Siap

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN