Categories: ArtikelInfomasi

Senarai Kedai Makan Yang Menyajikan Masakan Sri Lankan Di Sekitar KL Yang Ramai Tak Tahu Sedap Rupanya

Mesti ramai antara kita yang tak familiar dengan makanan Sri Lankan kan? Haa sebenarnya di KL sahaja, ada banyak tau restoran yang menyajikan masakan Sri Lankan ni. Rasanya juga sedap sangat. Kalau anda terasa nak cuba untuk makan masakan Sri Lanka ni, haa anda datang ke tempat yang betul. Jom baca artikel ni dengan lebih lanjut.

Senarai Kedai Makan Yang Menyajikan Masakan Sri Lankan Di Sekitar KL Yang Ramai Tak Tahu Sedap Rupanya:

Sebuah akaun di Twitter @fnadira_ ada berkongsi beberapa senarai kedai yang makanan Sri Lanka di sekitar KL. 

Korang tahu tak sebenarnya kat KL ni banyak tau restaurants yang serve Sri Lankan cuisine. Haa mesti ramai tak tahu kan? Malam ni i nak share kedai mana yang korang patut pergi and cuba. Semua around KL tau. Alang alang esok cuti, pergi la serbuuu!

1. Serendib Restaurant & Bar

Kedai ni boleh dikira hidden gem la sebab tak ramai orang tahu kewujudan dia di G Tower. Kalau korang vegetarian, try their Serendib vegetarian set. I ni tak makan sayur tapi nampak ni uish tiba tiba rasa nak jadi vegetarian jugak hehe

Menu utama kedai ini adalah Sri Lankan Carb dan rata-rata pelanggan di sini juga mengatakan yang makanan di sini semuanya sedap! Suasana kedainya juga cantik tau. Pasti anda akan suka punya lah.

Alamat: GTower LG 07 & 08 GTower, 199, Jln Tun Razak, 50400 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

2. Aliyaa

Duduk area Bukit Damansara and teringin nak try something new? Maybe you guys should visit this place. Dish famous dorang is the mixed platter. Ada cutlets dengan bermacam isi macam ketam dan ikan.

Kalau anda makan di sini, anda akan mendapat pengalaman makan ala-ala fine dining tau haa best kan? Suasana restoran ini sangatlah cantik macam kedai mahal! Pelayan di sini pun friendly dan makanan pun sedap.

Alamat: No 48 G&M, Jalan Medan Setia 2, Bukit Damansara, 50490 Kuala Lumpur

3. Lankan Cafe

Cafe ni located at Jalan Gasing, PJ and dorang offer offer banyak jenis makanan. Breakfast, lunch, dinner? You name it, mesti ada and sedap! Tapi kalau korang malas nak keluar rumah sokay, dia available on Grab jugak.

Apa yang menariknya Lankan Cafe ni adalah, mereka menyajikan pelbagai jenis juadah makanan. Daripada sarapan pagi hinggalah makan malam. Dan semuanya sedap!

Alamat: Petaling gardens, Jalan 5/59, Bukit Gasing, 46000 Petaling Jaya, Selangor

4. The Lankan crabs

Tengok nama pun korang dah boleh agak kot apa yang paling famous kat sini kan? Of course la CRABS! Semua jenis masakan crab ada kat sini and their signatures are the Negombo Crab Curry, Jaffna Crab Curry and the Garlic Butter Crab.

Restoran ini sebenarnya sudah pun famous di KL. Antara menu istimewa mereka mestilah ketam! Restorannya juga sangat cantik dan jika anda ke sini anda wajib ber ootd tau sebab cantik sangat.

Alamat: 4, Jalan Kemuja, Bangsar, 59000 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

5. Yarl

Oh kedai ni memang nampak high class sangat, not like the usual Sri Lankan restaurants. Masa i makan kat sini haritu, i tried their vadai set. Baru RM 5 je guys. Murah and sedap. You guys should really try this place!

Haa kalau anda nak makan makanan Sri Lankan yang murah, korang wajib try makan kat kedai ni. Murah dan sedap tau! Kalau anda nak datang sini, pastikan anda datang awal tau sebab takut penuh.

Alamat: 50, Jalan Padang Belia, Brickfields, 50470 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

Nampak menarik kan kedai makan Sri Lankan ni? Ini lah masanya untuk anda cuba makanan baru! Pilih saja mana-mana kedai dalam senarai ni sebab semuanya sedap tau.

Sumber: @fnadira_

Nasiha

Recent Posts

Puding Karamel Tanpa Telur, Resipi Tak Perlu Kukus Tapi Licin Kejadiannya

Banyak resipi pencuci mulut yang mudah dibuat tanpa memerlukan cara kukus atau bakar dan salah…

1 hour ago

Cara Buat Sizzling Yee Mee Mudah Di Rumah Tanpa ‘Hot Plate’, Gerenti Sedap!

Nak makan Sizzling Yee Mee tapi tiada hot plate pula. Jangan risau, anda boleh buat…

2 hours ago

Resepi Daging Bakar Thai, Ada Rahsia Pencicah Yang Sedap Menyengat!

Buat anda yang sedang mencari resepi Daging Bakar Thai yang menyelerakan, kenalah tengok yang kami…

2 hours ago

Resipi Pulut Kacau Paling Senang, Lembut Sama Macam Nenek Buat!

Resipi pulut kacau merupakan salah satu hidangan tradisional yang sangat digemari terutama bagi peminat rasa…

2 hours ago

Cara Lembutkan Ayam Kampung, Guna Jus ‘Ini’ Confirm Isi Tak Keras Lagi

Orang yang duduk di kampung suka bela ayam sendiri untuk dimasak, tapi isi dan tulangnya…

3 days ago

Puding Kastard Sukatan Cawan Yang Mudah, Makan Sejuk-Sejuk Memang Layan!

Apabila cuaca panas di luar dan tekak rasa dahaga, terus terbayang pencuci mulut yang sedap…

3 days ago