Categories: Informasi

Kari ‘Berlauk’ Mata Kail, Peniaga Beri Diskaun 60 Sen Tanda ‘Ganti Rugi’

Seorang pelanggan wanita berdepan detik cemas apabila dia menemui mata kail dalam hidangan kari yang dipesan di salah sebuah restoran di ibu kota.

Menerusi hantaran yang dikongsikan pelanggan tersebut di Facebook baru-baru ini, dia turut meluahkan rasa lega kerana tidak berlaku apa-apa kemalangan mahupun kecederaan kepada ahli keluarganya semasa menikmati hidangan tersebut.

Bagaimanapun, dimaklumkan juga wanita berkenaan telah membuat aduan kepada pengurus restoran tersebut namun pihak terbabit tidak mahu bertanggungjawab.

“Mula-mula kata salah pekerja dapur, selepas itu kata salah pengedar pula, nasib ayah saya tak tercekik makan mata kail itu, tapi macam mana kalau hidangkan kepada pelanggan lain?” luahnya.

Lebih terkejut, setelah didesak, akhirnya pengurus restoran terbabit tampil meminta maaf dan hanya memberikan diskaun sebanyak 60 sen kepada pelanggan itu.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata orang ramai juga terkejut dengan tindakan balas pihak restoran terbabit kerana kejadian tersebut berlaku kerana kecuaian mereka sendiri.

“60 sen sahaja diskaun dia bagi? Kalau tertelan tak mati pelanggan dekat restoran dia, 60 sen sahaja ke untuk nyawa manusia,” soal seorang pengguna.

“Saman sahaja pihak restoran yang tidak jaga kebersihan dan keselamatan pelanggan, kita kena berkeras biar mereka lebih jujur dalam berniaga,” kata pengguna lain.

Sumber: Kosmo Online

Wan N

Recent Posts

Roti Daging Cheese Ala Bigmac Guna Roti Biasa, Siap Dengan Sos Istimewa Homemade!

Terasa nak makan burger ala restoran makanan segera tetapi tak mahu keluar rumah? Roti daging…

5 hours ago

Dapur Ala Kampung Jadi Inspirasi, Wanita Ini Pilih Konsep Terbuka Untuk Rumah Idamannya!

Setiap orang pastinya mempunyai gambaran tersendiri tentang rumah idaman, termasuk reka bentuk ruang dapur yang…

7 hours ago

Resipi Dadih Vanilla Oreo, Sekali Buat Dapat 40 Bekas Memang ‘Ngam’ Untuk Potluck!

Kalau mencari pencuci mulut yang mudah disediakan dan tidak memerlukan banyak bahan, bolehlah cuba dadih…

7 hours ago

Resipi Puding Labu Guna 4 Bahan, Tekstur Lembut Berkrim Memang Jadi Kegemaran Sekeluarga

Cara buat puding labu ini sesuai untuk ibu yang mencari idea pencuci mulut homemade untuk…

8 hours ago

Creamy Tomyam Pasta, Tak Sangka Gabungan Pes Tomyam & Cooking Cream Jadi Sesedap Ini!

Kalau selalu makan pasta dengan sos carbonara atau bolognese, apa kata kali ini cuba kelainan…

9 hours ago

Resipi Kari Telur Ikan Mayong, Ini Teknik Kuah Pekat Tanpa Rasa Hanyir & Telur Tak Pecah

Dah beli telur ikan mayong tetapi masih belum ada idea nak masak apa? Atau mungkin…

10 hours ago