Dalam ekonomi sekarang yang kian mencabar, ramai di antara kita yang gigih bekerja demi mencari rezeki. Bahkan, masih ada segelintir warga emas yang masih bekerja.
Meskipun sudah berusia, mereka tetap gigih mencari rezeki demi sesuap nasi. Pada usia emas, seharusnya mereka berehat saja di rumah namun berbeza buat pasangan warga emas ini yang undang sebak.
Menerusi akaun TikTok @ceobriyaniajun telah memuat naik satu video memaparkan pasangan warga emas yang menjual air kelapa di hadapan gerainya.
Difahamkan, pemilik akaun tersebut merupakan peniaga Nasi Beriani. Melihat kegigihan pasangan warga emas di hadapan gerainya itu, peniaga ini mengajak orang ramai untuk membeli di gerai tersebut.
Menurutnya, pasangan tersebut akan menolak menolak gerai mereka setiap hari untuk meniaga dan ada kalanya minuman mereka tidak kehabisan dan mereka hanya pulang dengan RM20 atau RM30 sahaja dalam sehari.
Tambahnya, minuman yang dijual oleh pasangan itu sangat murah, satu cawan hanya RM2 sahaja. Malah, jika orang ramai yang lalu di sekitar gerainya tidak mahu membeli nasi briyani yang dijualnya tidak mengapa, asalkan mereka singgah beli dari warga emas tersebut.
Lihat video penuh di bawah:
@ceobriyaniajun Jom support peniaga jalanan. 💪🏻#fyp #foryoupage #fypシ #abcxyz #zybcaシ #foodie #penangfoodie #makantangmana #perlismai💙💛 #perlisfoodie #fypsekali #perlis
Melihat ke ruangan komen, orang ramai berasa terharu dengan tindakan peniaga ini yang tidak kedekut untuk mempromosikan gerai di hadapannya.
Sebak melihat keadaan mereka, orang ramai turut berterima kasih pada peniaga itu kerana sudi membantu mereka.