sardin sambal

Pelbagai resipi mudah yang digunakan untuk menyediakan hidangan ringkas tapi lazat di rumah dan salah satunya ialah Sardin Sambal.

Ramai yang memilih untuk memasak hidangan sardin ketika terburu-buru atau nak cepat siap kerana cara buatnya memang senang dengan menggunakan sardin dalam tin saja.

Baca juga: Tak Nak Sardin Roll Terbuka Semasa Goreng, Guna Teknik Gulung Mudah Ini!

Tambahan pula, sardin dalam tin adalah pilihan tepat untuk dibawa ketika pergi bercuti dan berkhemah. Hal ini disebabkan saiznya yang kecil dan mudah di bawa ke mana-mana.

Buat anda yang baru saja belajar masak, boleh mulakan dengan buat Sardin Sambal dahulu. Lagipun, jalan kerjanya tak terlalu banyak dan sukar dibuat.

Anda boleh mengikut resipi yang dikongsikan oleh Jojo Zahreena di Facebook ini dengan langkah demi langkah. Jom kita cuba!

RESIPI SARDIN SAMBAL

sardin sambal

Bahan-bahan:

  • 3 tin sardin
  • Bawang merah (kisar)
  • Bawang merah (hiris)
  • Cili merah (kisar)
  • Bawang putih (kisar)
  • Cili padi (kisar)
  • Garam atau kicap atau Ajinomoto

Cara-cara memasak:

1. Mula-mula, panaskan minyak masak dan goreng ikan sardin sehingga garing. Kemudian, ketepikan terlebih dahulu.

sardin sambal

2. Selepas itu, tumis bahan yang dikisar sehingga garing.

3. Seterusnya, masukkan kuah tomato sardin dan bawang hiris. Masukkan kicap, garam, asam keping dan Ajinomoto secukup rasa.

4. Akhir sekali, masukkan ikan sardin yang digoreng tadi dan masak sekejap. Siap untuk dihidang!

Anda akan terkejut setelah membuat resipi Sardin Sambal ini kerana hasilnya memang sedap sampaikan boleh bertambah selera apabila makan bersama nasi panas.

Selain dimakan bersama nasi putih, hidangan ini juga sedap dinikmati bersama roti canai, lempeng, roti jala dan banyak lagi.

Bagi menambahkan lebih kreatif dalam masakan, anda boleh gunakan hidangan ini sebagai inti untuk karipap, pau, popia dan sebagainya.

Kesimpulannya, ia sesuai dijadikan sebagai sampingan untuk melengkapkan sesuatu hidangan supaya menjadi lebih sempurna dan sedap.

Selamat mencuba!

Sumber: Jojo Zahreena

Baca juga: Cara Masak Sardin Sambal Petai Yang Simple, Campak-Campak Dengan 3 Langkah Saja

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN