Categories: ArtikelInfomasi

Sarapan Pagi Dengan Masakan Gabungan Timur Dan Barat Di Ipoh, Anda Wajib Singgah Di Sini

Kadang-kadang tu memang susah sangat nak cari tempat sarapan pagi yang menyajikan pelbagai jenis juadah dan sedap kan? Selalunya orang kita kalau nak sarapan mesti akan pergi ke kedai mamak atau makan nasi lemak kan? Haa, apa kata anda cuba kelainan sedikit dengan makan makanan Timur dan Barat sebagai sarapan anda.

Kalau anda berada di Ipoh, ini adalah berita baik untuk anda! Sebuah kedai yang bernama Kedai Cikgu dan terletak berdekatan dengan lapangan terbang Ipoh, ada menjual sarapan pagi dengan masakan gabungan Timur dan Barat. Rata-rata pelanggan di sini juga menggemari makanan yang dijual di sini. Sedap katanya.

Sarapan Pagi Dengan Masakan Gabungan Timur Dan Barat Di Ipoh, Anda Wajib Singgah Di Sini:

Sebuah akaun di Twitter @kraszbatu ada berkongsi pengalamanya makan di Kedai Cikgu ini.

Kedai Cikgu di Jalan Lapangan Terbang. Sarapan pagi sahaja.

Kepada anda yang tidak familiar lagi dengan kedai ini, Kedai Cikgu ini hanya beroperasi untuk sarapan pagi sahaja. Jadi kalau anda nak singgah di sini pastikan anda datang awal tau!

Antara menu yang menjadi pilihan orang ramai adalah, Nasi Lemak, Chicken Chop, Roti Canai dan banyak lagi lah. Memang tak rugi anda datang ke sini.

Kat sini makanan gabungan masakan timur dan barat. Sedap dan biasalah makan tempat sedap2 kena banyakkan bersabar.

Tengok sahaja gambar makanan ni, memang dah terliur kan. Ramai juga yang memberi review dan mengatakan maknana di sini sedap-sedap belaka.

Chicken chop dia best sangat.. crispy

Nampak menarik kan? Jadi kalau anda ada plan nak bersarapan pagi di Ipoh, anda wajib singgah di Kedai Cikgu ni tau!

Alamat: 22 Jalan Lapangan Terbang, Kg, Kampung Melayu Sungai Rapat, 31350 Ipoh, Perak

Waktu Beroperasi: Ahad – Khamis (7AM – 12.30PM)

Sumber: @kraszbatu

Nasiha

Recent Posts

Beza Lada Hitam Dan Lada Putih, Mana Yang Lebih Pedas Dan Beraroma?

Pelbagai jenis bahan rempah yang sering digunakan dalam masakan. Kali ini, kami nak anda tahu…

2 days ago

Resipi Popia Cheese Rangup Guna 4 Bahan, Sekali Buat Dapat Berbalang-Balang!

Jika ada masa terluang di rumah, mak-mak boleh cuba resepi popia cheese ini kerana cara…

2 days ago

Resipi Pisang Goreng Belon ‘Viral’, Ikut Cara Ini Confirm Menjadi!

Resipi pisang goreng belon ini berbeza dari pisang goreng biasa kerana ia mengembung apabila digoreng…

2 days ago

Resipi Sup Ayam Untuk Suami, Memang Syahdu Hirup Panas-Panas!

Resipi sup ayam adalah hidangan yang mudah disediakan, menyihatkan dan sangat sesuai dinikmati ketika cuaca…

2 days ago

Nenek Kongsi Resipi Mufin Vanila, Memang Rasa Yang Cukup Lembut & Lazat!

Mufin vanila adalah pilihan terbaik untuk minum petang atau sarapan pagi. Resipi ini mudah, pantas…

2 days ago

Resepi Mee Kuah Simple Cepat Siap, Sedap Hirup Sampai Titisan Terakhir!

Nampak ada lebihan mee kuning, terus terfikir nak kongsikan kepada anda tentang resepi Mee Kuah…

2 days ago