Raja dan rakyat tiada berpisah, begitulah keadaannya sejak dari dahulu lagi.
Kemesraan baginda yang tidak kekok apabila bertemu rakyat menyerlahkan lagi kredibiliti beliau sebagai seorang permaisuri yang cukup prihatin.
Baca juga: Cara Buat Ayam Golek Resipi Istana
Baginda banyak berkongsi gambar serta video masakan dan juga resipi di laman Instagram sekaligus menarik perhatian para pengikut baginda di laman media sosial tersebut.
Antara resipi yang cukup viral adalah Nasi Goreng Steak yang cukup mudah dan senang dibuat.
Min huraikan satu persatu cara pembuatan nasi goreng yang cukup mudah dilakukan ini.
Bahan-bahan:
Butter
5 Biji Telur
Daging steak/batang pinang yang dipotong kecil
Nasi putih
Garam secukup rasa
Cara-cara membuatnya:
1. Panaskan kuali dan masukkan butter. Kacau sehingga cair.
2. Masukkan 5 biji telur. Kacau perlahan dan biarkan telut menjadi ketul-ketulan kasar.
3. Masukkan daging yang telah dipotong kecil.
4. Masukkan nasi putih yang telah dileraikan.
5. Gaul sebati dan selepas itu masukkan garam secukup rasa. Korang juga boleh tambah serbuk lada putih atau hitam mengikut citarasa masing-masing.
Mudah je kan? Lima bahan saja, orang yang baru nak belajar masak mesti menjadi juga ikut resipi ini.
Selamat mencuba!
Avocado yang masih keras memang memerlukan masa sebelum boleh dinikmati. Namun, ada cara peram avocado…
Resipi One Pot Chicken Rice ini sesuai untuk peminat nasi ayam yang mahukan cara penyediaan…
Resepi masak lemak ketam ini menggabungkan rasa manis isi ketam dengan kuah santan yang pekat…
Ikan selayang rebus goreng antara lauk kampung yang cukup ringkas tetapi tetap menyelerakan. Ikan direbus…
Ayam masak bawang antara menu lauk yang boleh menaikkan selera makan, lebih-lebih lagi apabila dihidangkan…
Sambal balado antara jenis sambal yang cukup menyelerakan, lebih-lebih lagi apabila dimakan bersama nasi putih…