Categories: Resipi

Sapuan Coklat Ala Nutella, Buat Sendiri Di Rumah Guna 4 BAHAN Ini

Siapa je yang tak suka Nutella kan? Jom buat sendiri sapuan coklat ala-ala Nutella, lebih sedap dan berlemak ikut citarasa masing-masing.

Selain disapu pada roti, makan macam tu je pun boleh habis satu balang. Harga Nutella ni boleh tahan juga mahalnya. Maklumlah barang import. Bagi yang anak ramai, boleh pening kepala bila asyik nak kena beli seminggu sekali.

Baca juga: Kaya Pandan Homemade Ala Boat Noodle, Wangi Dan Sedap Rasa Pandannya

Jadi bolehlah cuba buat Nutella homemade perkongsian Encik Naem Nas ni. Mudah sahaja. Malah kebersihan terjamin dan lebih jimat. Anak-anak pun senyum lebar.


RESIPI SAPUAN COKLAT ALA NUTELLA

Hari ini buat choc spread ala nutella sebab anak sulung minat sungguh dia makan ngn roti.  Ada hat ni pon takpa dah. Nak beli setiap minggu botak juga kepala. Yang penting tiada gula. Tapi sedapnyaa ya ampun menyesal tak buat dari dulu.

Bahan-bahan:

  • 1 1/2 cawan kacang – bagi sapuan coklat berlemak
  • 3 cawan dark choc beryls
  • 1 sudu teh esen vanila
  • Secubit garam

Cara-cara penyediaan:

1. Bakar kekacang kemudian kisar sampai jadi pes.

2. Tambahkan 4 sudu besar minyak untuk smooth kan pes.

3. Double boil kan coklat. Saya guna dark choc manis-manis sedang.

4. Campur dark choc dan pes kacang dalam blender.

5. Masukkan secubit garam dan 1 sudu teh esen vanilla.

6. Blend sampai sebati dan halus. Boleh tambah sedikit minyak untuk stabilkan kepekatan.

7. Nak lagi manis boleh tambah sedikit susu pekat. Boleh tuang dalam botol kedap udara. Siap!


Selamat mencuba resipi ini.

Baca juga: Cinnamon Rolls @ Roti Gulung Kayu Manis Cara Mudah, Lembut Dan Gebu!

Farhana Syahirah

Halal foodie. Gemar mencari content tentang makanan sambil travel!

Recent Posts

Resipi Swiss Roll Strawberi, Guna Tip Ini Semasa Gulung Kek Supaya Tak Mudah Pecah

Kali ini, kami bawakan resipi swiss roll strawberi yang dijamin menjadi, menggunakan bahan-bahan asas yang…

16 hours ago

Resipi Ayam Sambal Butter Thai, Rasa Pedas Manja Memang Menggoda Selera!

Dah tak ada idea nak masak apa dengan lauk ayam? Apa kata jom cuba resepi…

16 hours ago

Maksud Pecah Minyak Dalam Masakan, Nak Tumis Nanti Pakai Tips Ini

Orang tua-tua selalu kata, jika tumis sambal, kena pecah minyak. Tapi, tak ramai yang faham…

16 hours ago

Resipi Lempeng Ubi Kayu Ini Jarang Dibuat Orang, Sekali Cuba Pasti Terpikat!

Resipi lempeng ubi kayu sangat jarang ditemui, kebiasaannya hanya dijumpai di negeri Kelantan. Bagi penggemar…

16 hours ago

Pasta Ayam Goreng Pedas, Guna Pasta Jenis Ini Lagi Sedap & Cepat Masak!

Resipi pasta ayam goreng pedas ini bukan sahaja mudah untuk disediakan, tetapi rasa pedas dan…

17 hours ago

Agar-Agar Gula Merah, Penyejuk Tekak Yang Paling Mudah Dibuat Di Rumah

Selain kek dan puding, ramai yang suka buat agar-agar sebagai pencuci mulut di rumah. Tak…

18 hours ago