Setiap kali nak makan durian bersama makanan lain, mesti anda akan terfikir berkenaan mitos buah durian yang masih hangat diperkatakan sehingga sekarang.
Nasihat-nasihat atau pantang larang berkaitan durian ini sudah menjadi buah mulut orang sejak dahulu lagi. Namun, sejauh manakah kebenaran disebalik pantang larang ini?
Kalau nak tahu pantang larang ini sebenarnya mitos semata atau benar, jom ikuti perkongsian oleh MyResipi di bawah.
Baca juga: Tip Pilih Durian BANYAK Isi, Baru Berbaloi Beli!
Jika dilihat di dalam jadual fakta nutrisi buah durian jelas menunjukkan bahawa sebenarnya tidak ada kolesterol di dalam durian. Namun, durian mempunyai kadar karbohidrat yang tinggi.
Jadi, individu yang mempunyai kencing manis dan sakit jantung jangan makan terlalu banyak durian ya!
Tidak ada istilah buah sejuk dan panas di dalam perubatan moden. Ianya tidak disokong oleh kajian saintifik.
Tabiat mengambil buah durian bersama dengan manggis mungkin disebabkan oleh kedua-dua pokok durian dan manggis mempunyai musim buah yang sama.
Mitos bahawa durian tidak dapat dimakan bersama-sama kopi juga adalah tidak benar sama sekali.
Makan durian bersama minuman apapun tidak akan menyebabkan seseorang itu sakit jantung.
Sakit jantung merupakan satu penyakit yang berlaku akibat daripada tabiat pemakanan seseorang. Oleh itu, jika individu tersebut selalu mengamalkan tabiat pemakanan yang tidak sihat, maka lebih mudahlah untuk dia menghidap sakit jantung.
Walaupun ada banyak kebaikan makan durian yang kaya dengan vitamin dan mineral ini, anda tetap harus berjaga-jaga supaya tidak terlebih makan
Tidak ada bukti saintifik yang menyokong dakwaan bahawa durian meningkatkan tenaga seks.
Tidak ada bukti kajian saintifik yang menyokong dakwaan. Meminum alkohol sudah sememangnya memudaratkan, tetapi mengambil alkohol bersama dengan buah durian tidak menambah kemudaratan alkohol jika durian tidak diambil berlebihan.
Pengambilan durian dan alkohol yang berlebihan boleh menyebabkan kembung perut dan rasa tidak selesa di bahagian perut. Hal itu kerana organ hati perlu bekerja lebih kuat untuk menjalankan metabolism ke atas lemak dan gula yang terkandung di dalam alkohol dan durian.
Sama seperti makan durian bersama dengan alkohol, susu juga mempunyai kadar fiber dan karbohidrat yang tinggi.
Minum susu secara berlebihan pun boleh sebabkan kembung perut, apatah lagi minum susu sambil makan durian!
Tidak ada sebarang kaitan antara makan buah durian dengan demam atau batuk. Makan durian secara berlebihan mungkin boleh buatkan anda rasa kembung perut, tetapi bukannya demam!
Mungkin makan durian boleh meningkatkan sedikit suhu badan. Tetapi itu tidak bermakna ia akan menyebabkan batuk ataupun demam!
Tidak dinafikan, durian mempunyai banyak khasiatnya. Namun, itu bukan alasan untuk dimakan dalam kuanti yang banyak.
Durian boleh meningkatkan berat badan kerana ia mempunyai kalori yang tinggi. Sebiji durian yang purata beratnya 1 kg mempunyai jumlah kalori hampir 1400 kalori.
Selain itu, durian mempunyai kandungan gula yang tinggi. Buah ini memang tidak sesuai diambil oleh pesakit diabetes, kecuali jika diambil dalam kuantiti yang sedikit.
Dalam apa jua keadaan, beringatlah supaya mengambil makanan dalam keadaan sederhana ya!
Kredit: Rushdan Noor
Baca juga: Tips Simpan Durian Supaya Tahan Lama, Setahun Pun Elok Lagi
Resepi keria kentang ini sesuai dicuba kalau ada lebihan kentang di dapur. Daripada dibiarkan lama…
Selepas berbulan-bulan menyimpan rahsia dan melakukan persediaan rapi, produk baharu Khairul Aming iaitu Sambal Nyet…
Sambal kering ikan antara lauk yang mudah disediakan tetapi cukup menyelerakan. Gabungan ikan goreng yang…
Sup kosong sering menjadi pelengkap wajib apabila kita makan di kedai tomyam. Biasanya bila pesan…
Cara memasak tempe sebenarnya tidak semestinya perlu digoreng dalam minyak yang banyak. Jika anda mempunyai…
Daun rosemary bukan sahaja terkenal sebagai herba yang menaikkan aroma dalam masakan, malah ramai turut…