sandwich tuna telur mayo

Resipi sandwich tuna telur mayo perkongsian dari Fatimah Saari ini cukup ringkas. Intinya menggunakan campuran tuna dan telur yang digaul bersama beberapa bahan mudah yang lain.

Baca juga: Sandwich Avocado Cara RINGKAS, Rasa Premium Macam Dekat Kafe

Nampak sangat sedap dan tentunya mengenyangkan. Bagi anda yang tercari-cari juadah ringkas dan pada masa yang sama mudah disediakan, resipi sandwich ini


RESIPI SANDWICH TUNA TELUR MAYO

Bahan-bahan:

  • 1 pek roti buku
  • Mentega
  • 3 biji telur rebus – dilenyek
  • 4-5 sudu makan mayones
  • 2 tin tuna 
  • 1 biji bawang besar – potong dadu
  • Tomato – hiris
  • 4-5 keping keju
  • 1/2 biji lemon
  • 1/2 sudu serbuk lada hitam

Cara membuatnya:

1.Rebus telur hingga masak. Kupas kulit kemudian lenyek hingga halus di dalam mangkuk.
2. Kemudian masukkan tuna, bawang besar yang telah potong dadu kecil, serbuk lada hitam, jus lemon dan juga mayones.
3. Gaul bahan-bahan tadi hingga semua sebati dan bercampur rata. Rasa sedikit untuk sesuaikan rasa mengikut selera masing-masing.

4. Ambil kepingan roti dan sapu mentega.
5. Letak kepingan keju, tomato dan sudukan inti tuna tadi dengan secukupnya.
6. Lapikkan dengan sekeping lagi roti dan potong mengikut saiz yang digemari.
7. Sandwich Tuna Telur Mayo sedia untuk dinikmati.

Baca juga: Resipi Sandwich Premium Macam Hotel, Barulah Puas Suami & Anak Nak Makan

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN