Siapa kata sandwich sardin itu simple saja? Resipi ini mudah disediakan tapi penuh rasa, sardin yang juicy, ditambah mayonis creamy dan sayur segar menjadikan setiap gigitan puas hati. Sesuai untuk menu petang, makan malam ringan atau bekal keluarga.
Dengan bahan-bahan mudah seperti roti, sardin, bawang, cili dan salad, anda boleh sediakan sandwich sardin yang sedap dalam masa kurang 15 minit. Ringkas, cepat, tapi setiap lapisan penuh kombinasi rasa yang tak boleh dilepaskan!
Baca juga: Sandwich Telur Mayo Paling Mudah, Anak Sampai Berebut Nak Makan!
Bahan-bahan:
*Tip: Veggies penting! Sandwich tanpa sayur memang kurang lengkap.
Cara-cara penyediaan:
1. Panaskan Sardin
Masak sardin dalam kuali tanpa minyak, tambah sedikit garam. Biarkan hingga mendidih dan panas.
2. Hancurkan Sardin
Alihkan sardin ke dalam pinggan. Ambil sedikit kuah, 4-5 sudu je. Hancurkan sardin hingga sebati.
3. Gaul Bawang Dan Cili
Masukkan bawang besar dan cili merah, gaul rata dengan sardin.
4. Perahkan Limau Kasturi
Perahkan sebiji limau kasturi, buang biji, gaul rata.
5. Masukkan Mayonis
Tambah 4 sudu mayonis dan gaul hingga sebati. Lagi banyak mayonis, lagi sedap dan creamy.
Cara Susun Sandwich
1. Ambil sekeping roti, sapu mayonis di atasnya.
2. Ratakan campuran sardin di atas roti.
3. Tambahkan salad, timun, dan tomato.
4. Tutup dengan sekeping roti lagi yang sudah disapu mayonis.
5. Potong mengikut bentuk yang diingini.
Tip: Nak lebih pedas, tambah cili merah ekstra. Sandwich sardin ini sedap dimakan panas atau sejuk.
Kenapa Sandwich Sardin Ini Best?
Resipi sandwich sardin ini mudah, cepat, tapi penuh rasa. Setiap gigitan pasti memuaskan! Jangan lupa letak sayur untuk lebih segar dan seimbang. Cuba sekarang dan nikmati sandwich sardin paling sedap dan juicy!
Selamat mencuba!
Sumber: Ummu Hani Aziz
Baca juga: Roti Sardin Goreng Rangup Guna 5 Bahan Mudah, Menu Paling Anak-Anak Suka!
Kek Batik Horlick antara pilihan menarik untuk penggemar kek batik yang suka rasa malt berkrim…
Pisang antara buah yang sering dibeli untuk dijadikan sarapan, bekal ke tempat kerja atau bahan…
Resepi fish ball homemade boleh dicuba jika anda mahu menyediakan bebola ikan sendiri di rumah…
Ayam masak oren diinspirasikan daripada orange chicken, hidangan popular di restoran Chinese-American di Amerika Syarikat.…
Resepi beef stew merupakan hidangan berkuah dengan daging yang empuk dan kuah pekat yang kaya…
Resipi sambal telur hancur antara pilihan lauk ringkas yang sesuai disediakan apabila buntu memikirkan menu…