Categories: Infomasi

Sandwich Premium Macam Hotel, Barulah Puas Suami Dan Anak Nak Makan!

Kalau dulu mak-mak kita buat sandwich menggunakan inti sardin atau telur untuk sarapan pagi atau waktu pergi berkelah pun dah rasa premium dah sebab air tangan mereka.

Tetapi kini menu sandwich sudah berada pada tahap lain. Ia sudah masuk dalam senarai menu di kebanyakan hotel, restoran fine dining, kafe bahkan sudah ada restoran khusus yang menghidang pelbagai pilihan sandwic.

Baca juga: Cara Buat Sandwich Sushi Guna Roti, Sesuai Untuk Yang Diet Nasi

Apa kata kita belajar buat sendiri sandwic macam di hotel yang menggunakan bahan-bahan premium dan sudah pastinya dijamin berkhasiat.

Sesuai untuk dijadikan snek bekalan ke tempat kerja atau anak-anak ke sekolah. Barulah mereka berselera makan sandwic kayangan mama sediakan.

Puan Zurina Zulkefli berkongsi cara-caranya membuat sandwich di Facebook beliau.


RESIPI SANDWICH PREMIUM ALA HOTEL

Suami minta saya buatkan sandwich untuk bekal minum petangnya di tempat kerja. Saya kalau buat sandwich, saya akan buat betul² macam makan di restoran atau hotel.

Sandwich tebal, banyak inti, mengenyangkan dan tak muak. Saya ambil masa 20 minit untuk siapkan bekal.

Saya kongsikan resepi di setiap gambar ya untuk ibu² mencuba sempena sesi sekolah bermula. Boleh buat bekal untuk anak-anak tersayang.

Bahan-bahannya:

  • 4 keping roti MIL (Wholemeal Bread). Panggang roti di atas kuali untuk mendapat permukaan yang rangup. Jangan panggang terlalu lama sebab kita tak nak roti sandwich liat. Sapu sendikit marjerin pada setiap kepingan roti.
  • 2 keping lof daging ayam. Goreng di atas kuali sehingga masak.
  • 6 hirisan timun jepun. Timun setelah dihiris, mesti dilap kan supaya timun tidak berair. Taburkan secubit lada hitam dan garam ke atas timun.
  • 6 hirisan lobak merah. Kemudian hiris lagi memnjang bentuk jejari. Campurkan satu sudu besar mayonis dan gaul sebati.
  • 2 helai daun salad. Basuh dan keringkan.
  • 1 keping keju
  • Sos bijan panggang.

Cara-cara penyediaannya:

1. Letakkan kepingan roti yang pertama. Kemudian lipat helaian daun salad.

2. Letakkan satu kepingan lof daging ayam.

3. Kemudian tutup dengan kepingan roti yang kedua. Sapukan marjerin.

4. Letakkan satu kepingan keju.

5. Letakkan lobak merah yang digaul mayonis. Kemudian tutup lagi dengan kepingan roti yang ketiga.

6. Susun hirisan timun jepun.

7. Letak kepingan lof daging ayam yang kedua di atas hirisan timun.

8. Letak sedikit sos bijan panggang. Kemudian tutup dengan kepingan roti yang ke empat (terakhir).

Siap sandwich 3 tingkat.

Tip potong sandwich nampak cantik

  • Potong sandwich menggunakan pisau potong roti. Wajib guna yang ini kalau nak potongan sandwich yang cantik.
  • Teknik memotong, pisau mesti senget ke hadapan, InsyaAllah menjadi.

Sumber: Zurina Zulkefli 

Baca juga: Sandwich Avocado Cara RINGKAS, Rasa Premium Macam Dekat Kafe

Farhana Syahirah

Halal foodie. Gemar mencari content tentang makanan sambil travel!

Recent Posts

Resipi Biskut Lady Fingers, Tak Payah Penat Cari Sebab Asyik ‘Sold Out’

Kek tiramisu semakin popular dan ramai yang mencuba membuatnya sendiri di rumah. Akibatnya, beberapa bahan…

2 days ago

Kek Pisang Karamel Yang Cantik Sempurna, Guna Resipi Ini Pasti Menjadi!

Susah nak jumpa peniaga yang jual Kek Pisang Karamel di luar kerana ia merupakan antara…

2 days ago

Strawberry Cheesecake, Resipi Tanpa Oven Ini Sangat Ringan & Tak Muak!

Resipi strawberry cheesecake ini tak perlu dibakar dan sangat mudah disediakan. Cuma sejukkan dalam peti…

2 days ago

Boko Ubi Kayu Lembut Bergedik, Baru Sekali ‘Ngap’ Terus Rasa Nikmatnya

Sekali-sekala nak makan pencuci mulut yang sejuk untuk segarkan tekak, bolehlah cuba buat Boko Ubi…

2 days ago

Resipi Sup Kaki Ayam Tanpa Tumis, Ada ‘Petua’ Kalau Nak Lagi Sedap!

Cara masak sup kaki ayam ini cukup mudah kerana tidak perlu menumis. Hanya perlukan beberapa…

2 days ago

Nasi Lemak Sedap Tanpa Santan, Lebih Berselera Makan Dengan Sambal Kosong

Jika ada ahli keluarga yang teringin makan Nasi Lemak sedap tapi mempunyai alahan pada santan,…

2 days ago