sambal tumis sardin petai

Sambal tumis sardin petai ini adalah gabungan unik rasa pedas, manis, dan sedikit pahit daripada petai yang menjadi kegemaran ramai.

Walaupun hidangan ini menggunakan bahan yang mudah didapati seperti sardin dalam tin, ia tetap memberikan rasa yang kaya dengan aroma sambal tumis yang sedap.

Resipi ini sangat sesuai untuk hidangan makan tengah hari yang ringkas tetapi penuh cukup rasa.

Jom lihat resipi penuh di bawah ini.

Baca lagi: Resipi Kurma Telur Kuah Pekat, Anak Tak Berhenti Puji Sedap!

RESIPI SAMBAL TUMIS SARDIN PETAI

Bahan-Bahan:

  • 1 tin sardin
  • Sos sardin dari dalam tin (simpan sos sardin untuk tumisan nanti)
  • 1 biji bawang besar (diracik halus)
  • 3 ulas bawang putih (diracik halus)
  • 10 tangkai cili padi (boleh tambah atau kurangkan mengikut tahap kepedasan yang diingini, diracik)
  • 1 tangkai cili merah besar (diracik serong)
  • Petai (secukupnya, mengikut citarasa)

Bahan Perasa:

  • Garam secukup rasa
  • Perasa secukupnya (jika suka)
  • Kicap manis (untuk menambah rasa dan warna)

Cara-Cara Memasak:

1. Keluarkan ikan sardin dari dalam tin dan asingkan dari sosnya. Sos sardin jangan dibuang kerana kita akan menggunakannya untuk menambah rasa pada sambal nanti.

2. Panaskan sedikit minyak dalam kuali dan goreng sekejap ikan sardin tanpa sos sehingga ia berubah warna keperangan. Setelah goreng, angkat ikan sardin dan ketepikan.

3. Menggunakan minyak yang sama (tambahkan sedikit jika perlu), tumis bawang besar, bawang putih, cili padi, dan cili merah besar yang telah diracik halus.

4. Tumis sehingga bahan-bahan ini menjadi wangi dan bawang berubah warna kekuningan, ini menandakan bahan-bahan tumis sudah cukup masak.

5. Masukkan sos sardin yang telah disimpan tadi ke dalam kuali. Gaul rata dan biarkan kuah mendidih seketika supaya rasa sambal benar-benar sebati.

6. Tambahkan sedikit garam dan perasa secukupnya mengikut citarasa.

7. Titiskan sedikit kicap manis untuk memberikan warna dan sedikit rasa manis pada sambal.

8. Setelah sos mendidih, masukkan ikan sardin yang telah digoreng tadi bersama petai.

9. Gaul perlahan-lahan supaya ikan tidak hancur dan biarkan ia masak selama 1-2 minit supaya semua bahan bercampur dan sos menyerap ke dalam ikan dan petai.

Sumber: Resepi Nurul Joe

Baca lagi: Resipi Lotus Biscoff Cheesecake, Tanpa Oven & Tak Renyah Nak Buat!

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN