Sambal tumis yang sedap mestilah sambal tumis pekat melikat dan cantik warnanya. Rasa pula perlu seimbang manis, masin, pedas barulah umphhh!
Membuat sambal tumis perlukan kesabaran yang tinggi untuk menunggu sambal itu masak sehingga pecah minyak dan sehingga warna bertukar merah gelap.
Hari ini penulis berpeluang mendapatkan resipi dari keluarga terdekat beliau iaitu Puan Nora Jane yang sememangnya power dalam membuat hidangan ini.
Baca juga: Tip Masak Nasi Lemak Guna Santan Kotak, Barulah Wangi Dan Masak Sekata
SAMBAL TUMIS PEKAT MELIKAT
Bahan-bahan:
- 3 sudu besar cili giling
- 3 biji bawang besar
- 5-6 ulas bawang putih
- Halia (ukuran besar sebesar ibu jari)
- Segenggam ikan bilis
- 1 sudu besar belacan
Cara Penyediaan:
1. Blender semua bahan sehingga menjadi lumat dan sebati.
2. Panaskan minyak dalam kuali (pastikan jumlahnya mencukupi, tidak terlalu sedikit atau terlalu banyak).
3. Masukkan bahan yang telah diblender ke dalam kuali yang telah dipanaskan.
4. Tumis bahan sehingga pecah minyak.
5. Masukkan gula melaka sebanyak 3 sudu besar atau sehingga sambal berwarna merah pekat.
6. Tambahkan sedikit air asam Jawa untuk menyeimbangkan rasa.
7. Seimbangkan rasa dengan menambah garam dan gula jika perlu.
8. Masak sambal sehingga ia sedikit garing (anda boleh melihat apabila sambal mula berpisah dengan minyak).
9. Sambal tumis siap untuk dihidangkan!
Makan dengan nasi lemak atau lempeng, memang terangkat!
Selamat mencuba!
Sumber: Nora Jane
Baca juga: TikToker British ‘Claim’ Nasi Lemak Singapura Lagi Sedap Dari Malaysia