sambal tumbuk

Sambal Tumbuk Cili Hijau, Resipi Simple Tapi Memang Buat Makan Bertambah!

Jom buat sambal style macam ini pula untuk penambah selera. Memang nampak ringkas tapi boleh bertambah nasi dibuatnya tau.

Baca juga: Sambal Bunga Kantan Ikan Bilis, Lauk Penambah Selera Orang Dulu-Dulu

Cara penyediaannya juga mudah dan simple. Tinggal tumbuk bahan-bahan, tumiskan dan terus boleh makan bersama nasi. Tak toleh kiri kanan dah kalau nampak sambal tumbuk ini.

Kita ikuti resipi dari perkongsian Cik Puan Sabariah Sisa di laman Facebook ini. Perkongsian beliau ini memang ramai yang sudah mencuba dan sukakannya. Mari kita tengok.


RESIPI SAMBAL TUMBUK CILI HIJAU

bahan sambal tumbuk

Bahan-bahan:

  • Cili hijau
  • Ikan bilis
  • Bawang merah
  • Bawang putih
  • Belacan – dibakar dahulu
  • Bawang besar
  • Garam
  • Gula

Cara-cara penyediaan:

1. Bersihkan dulu cili hijau dan potong kecil supaya mudah untuk ditumbuk.

2. Masukkan ikan bilis, bawnag merah, bawang putih dan belacan ke dalam lesung batu. Tumbuk kasar bahan-bahan ini.

3. Masa tengah menumbuk bahan, boleh masukkan perasa, gula dan garam secukup rasa.

4. Tumbuk lagi selepas masukkan perasa. Apabila rupa macam gambar di bawah, kira okay dah. Tak perlu tumbuk hancur sangat.

5. Kemudian, masukkan cili hijau yang sudah dipotong tadi. Letak sedikit demi sedikit supaya mudah untuk proses menumbuk.

6. Tumbuk sehingga cili hijau habis. 

7. Selepas itu, tumis bawang besar dan masukkan bahan yang sudah ditumbuk tadi. Gaul hingga masak. 

8. Tutup api dan sedia untuk dihidang.

sambal tumbuk cili hijau


Selamat mencuba!

Baca juga: Cara Buat Sambal Ikan Masin Sengelo, Sambal Tradisi Orang Sarawak

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN