sambal strawberry

Sesiapa saja yang pernah ke Cameron Highland pasti tahu tentang strawberry yang cukup popular di sana. Tapi pernahkah anda makan Sambal Strawberry sebelum ini?

Orang kata, jika pergi Cameron Highland, wajib cuba Sambal Strawberry yang disajikan bersama nasi lemak. Rasa masam manisnya memang kena sangat!

Sekarang tak perlu susah payah naik ke Cameron Highland, anda boleh cuba buat Sambal Strawberry sendiri di rumah!

Khai Artzfar telah sudi berkongsi di blognya tentang resipi Sambal Strawberry yang pasti menjadi untuk anda cuba.

Baca juga: Resipi Sambal Belimbing Buluh Sedap, Hanya Guna 3 Bahan Tapi Cukup Membuka Selera!

RESIPI SAMBAL STRAWBERRY

sambal strawberry

Bahan-Bahan

  • Beberapa biji strawberry (dipotong dadu)
  • Seketul atau dua ketul gula melaka/gula merah (ikut kesesuaian rasa)
  • Sedikit garam dan gula
  • Beberapa keping asam keping atau sedikit air asam jawa (tambahan)
  • 2 labu bawang besar*
  • sedikit belacan* (tambahan)
  • 10 tangkai cili kering* (jika suka pedas, kekalkan atau lebihkan, jika tak suka, boleh kurangkan)
  • sedikit garam*
  • sedikit air*

Cara-cara:

1. Kisar semua bahan bertanda (*) tadi sampai lumat.

2. Mula-mula masukkan sedikit minyak dan masak bahan kisar tadi, kemudian tumis sehingga pecah minyak.

3. Bila dah pecah minyak masukkan gula melaka dan strawberry tadi sedikit, kemudian masak sampai semua sebati.

4. Perasakan sedikit garam dan masukkan asam keping atau air asam jawa. Sebenarnya tak payah gula melaka pun tak apa tapi nak seimbangkan rasanya, manalah tahu terpakai cili kering pedas)

5. Bila dah masak, baru masukkan lebih strawberry tadi dan gaul rata. Tujuannya supaya tak nak strawberry terlalu hancur, jadi bila makan terasalah strawberry tadi.

6. Sebagai tambahan, boleh gaulkan ikan bilis yang digoreng rangup atau hidangkan begitu saja. Siap!

sambal strawberry

Anda boleh makan Sambal Strawberry ini bersama nasi atau roti. Lebih terlajak sedap jika ia dimakan dengan nasi lemak.

Selamat mencuba!

Sumber: Khai Artzfar

Baca juga: Sambal Putik Pauh Guna 4 Bahan, Ini Cara Orang Dulu-Dulu Buat

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN