Resepi sambal ikan bilis kering yang dikongsikan oleh Puan Eyqa Roslan ini wajib dicuba sebagai stok makanan di dapur.
Sambal bilis ini boleh dijadikan menu emergency yang terus boleh dimakan bersama nasi putih.
Selain itu, siapa yang suka travel pun boleh cuba sediakan sambal bilis ini. Memang mudah kerana boleh dimakan bila-bila masa sahaja!
Jom kita pelajari cara buat sambal bilis crispy ini dengan menggunakan 3 bahan utama sahaja. Selamat mencuba!
Baca juga: Cara Mudah Buat Bawang Putih Goreng Yang Crunchy & Tak Pahit
RESEPI SAMBAL IKAN BILIS KERING
Bahan-bahan:
- Ikan bilis
- Chili flakes
- Bawang goreng
Cara-cara:
- Goreng ikan bilis sehingga garing. Bila dah garing, toskan dan ketepikan seketika.
- Masak cili flakes menggunakan api kecil. Jangan api besar nanti cepat hangus, sentiasa kacau dan jangan lama sangat. Kalau ada bau nak hangus sebab kuali terlalu panas, padamkan api.
- Selepas itu, masukkan bawang goreng secukupnya dan gaul sebati dengan cili flakes.
- Akhir sekali, masukkan ikan bilis yang sudah digoreng tadi.
- Sambung gaul sehingga semuanya bercampur rata dan sebati.
- Boleh tambahkan garam, gula dan serbuk perasa mengikut cita rasa masing-masing.
- Simpan di dalam bekas kedap udara dan sedia untuk dinikmati pada bila-bila masak.
- Selamat mencuba!
Kredit resipi dan gambar: Eyqa Roslan
Baca juga: Roti Tak Habis Jangan Buang, Boleh Buat Roti Kering Bergula Yang Rangup!