sambal ikan bilis

Siapa je yang tak suka pada sambal ikan bilis kan? Orang melayu memang gemar dengan masakan pedas dan sambal. Tak selera dibuanya kalau tak ada pedas sambal ikan bilis belimbing buluh ni.

Lauk ini mampu buat bertambah nasi woo. Tak ada lauk lain pun tak apa. Sambal bilis belimbing buluh sudah cukup menarik selera makan.

Baca juga: Sambal hitam pahang aka sambal hitam belimbing buluh

Belimbing buluh yang hampir masak biasanya digunakan sebagai penyedap rasa, dan sebagai ramuan sambal yang menjadi pencecah untuk sayuran tradisional.

Ia juga digunakan sebagai ramuan dalam masakan seperti ikan kari asam pedas dan udang lemak kuning.

Belimbing buluh ini juga dapat menghilangkan rasa hanyir pada ikan-ikan darat iaitu ikan air tawar. Mesti ada yang baru tahu kan.

Belimbing buluh memang terasa agak masam. Tapi, masam juga adalah salah satu penyedap sesuatu hidangan.

Jom kita ikuti resipi sambal ikan bilis belimbing buluh yang dikongsikan oleh Nanie Rosnani ini.


Resipi Sambal Ikan Bilis Buluh Belimbing


Bahan-bahan:

  • Ikan bilis*
  • Cili merah & cili padi* – (Ikut suka nak pedas mana)
  • Bawang merah*
  • Belacan (optional)*
  • Belimbing buluh – dihiris bulat, kalau suka masam boleh lebihkan.
  • Petai -dihiris (optional)

Cara memasak:

1. Mula-mula, tumbuk kasar atau halus bahan yang bertanda *.

2. Kemudian, tumis kesemua bahan yang telah ditumbuk.

3. Masukkan belimbing buluh dan juga petai.

4. Tumis sampai garing dan pecah minyak, perasakan dengan garam dan juga gula. Siap!



Musim belimbing buluh mesti ramai yang buat hidangan ni. Buat je banyak-banyak boleh simpan dalam peti.

Nak makan lagi boleh panaskan. Lagi kaw! Selamat mencuba.

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN