nasi goreng ikan goreng

Kadangkala, apa yang tinggal daripada masakan semalam boleh jadi hidangan yang luar biasa. Jika ada lebihan nasi semalam, bolehlah buat nasi goreng ikan goreng dengan resipi ini.

Siapa sangka ikan goreng semalam yang tak habis, boleh jadi hidangan baru yang semua orang suka. Tambahan pula, cara ini membuatkan anda tak membazir makanan di rumah.

Resipi ringkas yang dikongsikan oleh Ida Radzi di Facebook sesuai untuk mereka yang sibuk tapi tetap nak makan sesuatu yang sedap, wangi dan penuh rasa.

Baca juga: Nasi Goreng Sotong Campur Ikan Bilis Rangup, Sedap Macam Dekat Kedai!

RESIPI NASI GORENG IKAN GORENG SEMALAM

nasi goreng ikan goreng

Bahan-bahan:

  • Bawang merah
  • Bawang putih
  • Pes cili kering
  • Isi ikan goreng semalam
  • Nasi sejuk
  • Secubit garam

Cara-cara masak:

  1. Tumis bawang merah dan bawang putih yang sudah dihiris sampai naik bau.
  2. Setelah nampak agak garing, masukkan pes cili kering dan secubit garam.
  3. Setelah pecah minyak, masukkan isi ikan goreng semalam.
  4. Apabila sudah agak garing semua tumisan tadi, masukkan nasi sejuk.
  5. Akhir sekali, gaul sampai nasi sebati dengan tumisan.

nasi goreng ikan goreng

Paling menarik, hidangan ini tak memerlukan banyak masa atau bahan tambahan. Jadi, anda boleh masak dengan cepat dalam masa yang singkat di rumah.

Selain cepat dan mudah, resipi ini sangat fleksibel. Jika suka pedas, boleh tambah cili padi. Jika suka manis, sedikit sos tiram atau kicap manis juga boleh menaikkan rasa.

Selamat mencuba!

Sumber: Ida Radzi

Baca juga: Cara Masak Nasi Goreng Kampung Sedap & Pedas Padu, Tiada Siapa Boleh Tolak Punya!

Resipi 20 Minit Siap

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN