Mini cheese tart sesuai dijadikan hidangan untuk pelbagai majlis seperti jamuan sekolah, sambutan hari jadi atau minum petang. Saiznya yang kecil dan menarik menjadikannya mudah dinikmati oleh kanak-kanak mahupun orang dewasa.
Lebih menarik, resipi ini tidak menggunakan telur dan hanya memerlukan bahan-bahan yang mudah didapati. Penggunaan kulit tart dan inti segera juga menjadikan proses penyediaannya lebih praktikal tanpa perlu membuat semuanya dari awal.
Anda boleh memilih inti mengikut citarasa serta menambah sedikit pewarna makanan pada adunan krim keju untuk menghasilkan tart yang lebih berwarna-warni. Dengan sukatan ini, anda boleh mendapat sehingga 40 biji mini cheese tart, sesuai disediakan untuk jamuan dalam kuantiti yang banyak.
Baca juga: Boleh Dapat 10 Biji Sekali Adunan, Resipi Portuguese Egg Tart Ini Memang Berbaloi Dicuba!
CARA BUAT MINI CHEESE TART
Bahan-bahan:
- 40 keping kulit tart segera (ready-made crust)
- 250g krim keju (cream cheese)
- Gula aising secukupnya
- Inti segera mengikut pilihan
- Pewarna makanan (jika suka)
Cara penyediaan:
- Susun kulit tart segera di atas dulang pembakar. Bakar selama 10 minit pada suhu 70°C.
- Masukkan krim keju dan gula aising ke dalam mangkuk. Pukul sehingga sebati dan berkrim.
- Tambahkan pewarna makanan jika mahu menghasilkan tart dengan warna yang lebih menarik. Langkah ini sesuai jika ingin menyediakan mini cheese tart untuk dijual atau jamuan.
- Masukkan inti segera pilihan ke dalam setiap kulit tart mengikut citarasa.
- Seterusnya, masukkan adunan krim keju ke dalam piping bag. Paipkan adunan tersebut ke dalam setiap kulit tart sehingga menutupi inti.
- Bakar semula pada suhu 120°C selama 10 minit sehingga adunan krim keju masak.
Sumber: Threads @dearlynasuha
Baca juga: Cara Buat Tart Nenas Tanpa Telur, Rahsia Sedap Rupanya Terletak Pada Jenis Butter
Dapatkan Audio+
Hot FM
Kool FM
Eight FM
Fly FM
Molek FM

