Kalau tengah mencari sambal belacan resepi simple yang mudah dibuat tetapi tetap menyelerakan, resipi perkongsian ini memang menarik untuk dicuba. Bahan-bahannya pun tidak banyak dan cara penyediaannya cukup mudah.
Resipi sambal belacan daripada ‘Diva Hair Salon’ ini dikongsikan oleh Aurora Ayeshaa di Facebook. Katanya, sambal ini sedap dimakan begitu sahaja bersama ulam, sampai boleh buat kita ratah tanpa sedar.
Baca juga: Ayam Panggang Resepi Ini Perlu Perap Semalaman, Rahsia Juicy Dan Sedap Hingga Tulang
SAMBAL BELACAN RESEPI SIMPLE DIVA HAIR SALON
Rahsia sambal ini terletak pada gabungan cili api merah dan hijau, belacan bakar, tomato serta beberapa bahan lain yang mudah didapati di dapur.
Bahan-bahan hanya perlu digoreng terlebih dahulu sebelum dikisar atau ditumbuk. Kemudian, tambah sedikit cuka, gula dan perasa untuk mendapatkan rasa pedas, masam dan manis yang seimbang.
Bahan-bahan:
- 5 biji cili api merah
- 5 biji cili api hijau
- 3 biji bawang merah
- 2 ulas bawang putih
- Belacan secukupnya
- 1 biji tomato
- 1 biji buah keras
- 1 sudu cuka
- Garam secukup rasa
- Serbuk perasa secukup rasa
- ½ sudu gula
Cara-cara Penyediaan:
1. Panaskan sedikit minyak dalam kuali.
2. Goreng cili api merah, cili api hijau, bawang merah, bawang putih, tomato dan buah keras sehingga layu dan naik bau.
3. Angkat semua bahan dan biarkan seketika supaya sedikit sejuk.
4. Bakar belacan sehingga harum.
5. Masukkan bahan-bahan yang telah digoreng bersama belacan bakar ke dalam lesung atau pengisar.
6. Tumbuk atau kisar sehingga mendapat tekstur sambal yang diingini.
7. Masukkan cuka, garam, serbuk perasa dan gula.
8. Gaul atau tumbuk lagi sehingga semua bahan sebati.
9. Rasa dan sesuaikan perasa mengikut citarasa sebelum dihidangkan.
Tips Buat Sambal Belacan Lebih Sedap:
- Bakar belacan terlebih dahulu supaya aromanya lebih harum dan rasa sambal menjadi lebih sedap.
- Jangan kisar terlalu halus jika suka sambal yang masih mempunyai tekstur dan biji cili.
- Tambah cuka sedikit demi sedikit supaya rasa masam tidak terlalu kuat.
- Jika suka sambal yang lebih pedas, boleh tambah jumlah cili api mengikut tahap kepedasan yang disukai.
- Sambal ini sedap dimakan bersama ulam dan nasi putih panas, atau dijadikan pencicah untuk hidangan lain.
- Simpan lebihan sambal dalam bekas bersih bertutup dan letakkan di dalam peti sejuk.
Resipi ini memang sesuai untuk yang suka sambal belacan tetapi tidak mahu menggunakan terlalu banyak bahan. Dengan cara penyediaan yang mudah, boleh terus buat untuk hidangan tengah hari atau makan malam.
Selamat mencuba!
Sumber: Aurora Ayeshaa
Baca juga: Resepi Sup Ayam Jernih, Kuah Clear Tak Banyak Rempah Tapi Sedap Sampai Hirup Licin
Dapatkan Audio+
Hot FM
Kool FM
Eight FM
Fly FM
Molek FM

