Categories: Resipi

Salad Timun Mayonis ‘Next Level’, Bila Tambah Sardin…Terus Jadi Menu Kenyang Lama!

Bila sebut menu mudah dan cepat siap, ramai terus teringat salad timun mayonis kerana rasanya segar, berkrim dan sesuai dimakan bila-bila masa. Lebih menarik, jika ditambah sardin, hidangan ini terus jadi lebih mengenyangkan dan lengkap untuk seisi keluarga.

Perkongsian resipi ringkas ini menjadi perhatian ramai kerana hanya guna bahan asas yang mudah didapati di rumah. Tak perlu masak lama, tak perlu lauk berasingan, gaul semuanya terus siap.

Lebih-lebih lagi, hidangan ini sesuai sangat untuk anda yang sibuk bekerja, malas memasak atau sedang mencari idea menu sihat yang sedap.

Baca juga: Sup Sayur Tauhu Telur Simple, Sesuai Untuk Yang Nak Diet Tapi Suka Makan Sedap!

RESIPI SALAD TIMUN MAYONIS SARDIN RINGKAS SEDAP

Bahan-bahan:

  • 1 tin sardin (425g)
  • 2 cawan timun dipotong dadu
  • 1 cawan tomato ceri dibelah dua
  • 1 cawan bawang besar dihiris nipis
  • 2 biji cili hijau dihiris
  • 1 pokok daun ketumbar dicincang

Bahan-bahan sos mayonis:

  • ½ cawan mayonis
  • 2 sudu besar madu
  • 4 sudu besar jus lemon

Cara-cara penyediaan:

1. Toskan sedikit kuah sardin dan hancurkan isi sardin kasar-kasar.

2. Dalam mangkuk, campurkan mayonis, madu dan jus lemon. Kacau sampai sebati.

3. Masukkan sardin ke dalam sos tadi.

4. Tambah timun, tomato ceri, bawang dan cili hijau.

5. Gaul rata hingga semua bahan bersalut dengan mayonis.

6. Tabur daun ketumbar dan gaul perlahan.

7. Simpan sekejap dalam peti ais sebelum makan, lagi sedap dimakan sejuk.

Tip Buat Salad Timun Mayonis Lagi Sedap

  • Gunakan timun yang baru keluar peti ais supaya lebih rangup.
  • Jika suka pedas, tambah cili padi hiris.
  • Boleh guna mayonis rendah lemak untuk pilihan lebih sihat.
  • Tambah salad lettuce untuk lebih banyak serat.
  • Sedap dimakan bersama roti bakar.

Menu Ringkas Bila Malas Memasak

Kadang-kadang bila balik kerja penat, memang tak larat nak masak lauk banyak. Jadi, masa inilah salad timun mayonis jadi penyelamat dapur. Potong bahan, gaul dan terus boleh makan.

Oleh itu, tak pelik kalau ramai suka simpan stok sardin di rumah sebab boleh buat macam-macam menu ekspres seperti ini.

Sesuai Untuk Yang Nak Jaga Makan

Dengan gabungan protein daripada sardin dan sayur segar, menu ini membantu rasa kenyang lebih lama. Jika makan ikut portion yang sesuai, ia boleh jadi salah satu pilihan menu harian yang lebih seimbang.

Kalau anda belum pernah cuba salad timun mayonis campur sardin, ini masa paling sesuai. Sekali rasa, memang akan buat lagi.

Selamat mencuba!

Sumber: Noor Ashikin Saerah

Baca juga: Menu ‘Sihat Tapi Sedap’! Resipi Telur Bistik Gaya Hospital, Tinggi Protein & Sesuai Untuk Diet

Aimi

Recent Posts

Rahsia Pes Cili Kisar Tahan Berbulan, Ini Cara Tumis Supaya Minyak Tak Terpercik Satu Dapur!

Pes cili kisar antara bahan penting yang selalu digunakan dalam masakan seperti sambal tumis, nasi…

15 hours ago

Tak Perlu Banyak Bahan, Ini Cara Buat Mi Rebus Terengganu Untuk Hidangan Sekeluarga!

Resipi mi rebus Terengganu ini sesuai dicuba bagi yang menggemari hidangan mi berkuah panas dengan…

15 hours ago

Cara Buat Donat Susu Gebu, Doh Yang Sama Boleh Buat Bomboloni & Aneka Jenis Roti!

Cara buat donat susu yang gebu dan lembut sebenarnya tidaklah sesukar yang disangka. Dengan gabungan…

15 hours ago

Cara Elak Mengantuk Selepas Makan, Hanya Guna 2 Helai Daun Pandan Dan Secawan Air Suam!

Pernah rasa mengantuk selepas makan tengah hari sehingga mata terasa berat dan badan lesu? Ada…

16 hours ago

Cara Peram Avocado Supaya Cepat Masak, Guna Beras Dan Tisu Saja Dua Hari Dah Menjadi!

Avocado yang masih keras memang memerlukan masa sebelum boleh dinikmati. Namun, ada cara peram avocado…

16 hours ago

Malas Guna Banyak Periuk? Cuba ‘One Pot Chicken Rice’, Nasi Pun Wangi Aroma Halia & Bawang Putih

Resipi One Pot Chicken Rice ini sesuai untuk peminat nasi ayam yang mahukan cara penyediaan…

20 hours ago