Bagi penggemar salad, mari cuba buat Salad Timun ala Korea ini. Resipi salad kali ini agak istimewa kerana ia adalah aspirasi dari masakan Korea di mana ia amat mudah untuk disediakan.
Salad timun ini menggunakan timun jepun kerana ia mempunyai kandungan air yang sedikit berbanding timun biasa. Jadi, memang sesuai dijadikan bahan utama salad.
Baca juga: Acar Timun Jepun Guna Sprite Ikut Resipi Chef Dave, Rangup Krup Krap Nak Meratah
Apabila digaul dengan sos memang tidak terlampau berair. Bahan yang digunakan di dalam resipi ini juga agak ringkas dan boleh disimpan di dalam peti ais.
Dengan tekstur rasanya yang rangup dan pedas-pedas manis, memang membuatkan lidah yang merasanya terasa di awang-awangan. Memang makan bertambah walaupun salad ini selalu dijadikan sebagai hidangan sampingan.
Mari ikuti resipi dari perkongsian Korean Bapsang yang ringkas dan mudah ini.
RESIPI SALAD TIMUN ALA KOREA
Bahan-bahan:
- 1 batang Timun Jepun
- Kicap
- 1 sudu besar serbuk cili Korea (Gochugaru)
- 1 sudu kecil Minyak Bijan
- Daun bawang – potong halus
- Bawang Putih – cincang
- 1 sudu kecil cuka
- 1/2 sudu kecil gula
- 1/2 sudu teh biji bijan
- Sedikit garam
Cara-cara penyediaan:
1. Hiris nipis timun (1/8 hingga 1/4 inci tebal). Tos perlahan-lahan dengan garam dan ketepikan lebih kurang 15 minit.
2. Toskan air garam yang berlebihan. Elakkan memerah timun kerana timun akan lebam. Gaul rata dengan semua bahan di atas. Rasa sedikit dan sesuaikan bahan perasa jika perlu.
3. Salad timun ala Korea sedia untuk dimakan.
Selamat mencuba resipi Salad Timun Korean Style ini
Baca juga: Salad Buah Lemak Berkrim, Resepi Viral Dapat Lebih 5.5K Shares!