puding triffle

Puding ni dikenali sebagai puding triffle kerana dia ada 3 lapisan yang menarik. Tiap lapisan tu tidak sama dan yang paling membuatkan ia menarik adalah warna yang dipamerkan dalam tiap lapis itu.

Anda boleh cuba resipi ini kerana ia merupakan resipi yang simple dan mudah untuk dilakukan di rumah. Resipi ini dapat menghasilkan 6 cawan puding secara keseluruhan.

Resipi Puding Triffle Yang Menarik

Lapisan kek:

  • 1 tin buah-buahan campuran
  • 1 lof kek gulung pandan
  1. Asingkan air dan buah campuran. Kek gulung dipotong bulat setebal lebih kurang 1/2 inchi.
  2. Masukkan dalam cawan. Nak susun dalam loyang pun boleh.
  3. Tuangkan sedikit air buahan campuran tadi ke atas kek. Cukup sekadar melembabkan kek.

puding triffle

Lapisan puding:

  • 300 ml susu segar (atau 200 ml susu cair + 100ml air)
  • 2 sudu besar gula
  • 2 sudu besar tepung kastard
  1. Kacau semua bahan hingga sebati.
  2. Kemudian baru masak atas dapur.
  3. Masak hingga adunan meletup-letup, pekat dan berkilat.
  4. Angkat dan lapiskan atas kek gulung tadi.
  5. Kemudian taburkan buah-buahan campuran.

Lapisan agar-agar:

  • 2 3/4 cawan air
  • 1/2 cawan air buah campuran
  • 1/4 cawan mini kordial ros
  • 2 sudu besar gula
  • 5 gram/ 1 sudu besar serbuk agar-agar
  1. Masak semua hingga larut.
  2. Tuang atas adunan lapisan puding tadi.
  3. Biarkan sejuk seketika baru dimasukkan dalam peti ais.
  4. Sedia dihidang selepas disejukkan.

Mudah saja untuk membuat puding triffle ini. Boleh cuba lagi-lagi untuk penggemar buah-buahan campuran.

puding triffle

Kredit : thesisters_cookingproject

Baca juga:

Cara Buat Aiskrim Cawan, Boleh Buat Untuk Jadi Side Income Atau Makan Sendiri

Cara Buat Kek Coklat Moist Leleh Tanpa Ovallete, Masih Lembut dan Gebu!

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN