Setiap kanak-kanak pasti pernah merasai sagun kelapa ini. Bila makan waktu bercakap confirm tersembur! Alahai, mengimbau kenangan sungguh.
Kadang-kadang rasa teringin nak makan. Tapi sekarang dah susah nak jumpa orang jual jajan legend ini.
Rupanya kita boleh cuba buat sendiri sagun kelapa di rumah. Tidak susah mana pun cara membuatnya.
Kalau ada yang nak cuba, ikut saja resipi perkongsian oleh Hashikin Halim di bawah. Selamat mencuba!
Baca juga: Kerepek Pisang Mudah Guna 3 Bahan. Cukup Rasa Lemak, Masin & Rangup
RESEPI SAGUN KELAPA
Bahan-bahan:
- 2 1/4 cawan tepung beras
- 1/4 cawan tepung pulut
- 1 biji kelapa parut warna putih sahaja
- 1/2 cawan gula
- 2 helai daun pandan dibasuh dan dilap kering
Cara-cara:
1. Sangai kelapa parut di dalam kuali menggunakan api perlahan sehingga sedikit kering. Pastikan sentiasa dikacau.
2. Bila sudah siap disangai, angkat dan ketepikan seketika.
3. Guna kuali yang sama tadi, tapi pastikan kuali bersih dan kering. Sangai tepung-tepung dan daun pandan selama 5 hingga 10 minit menggunakan api kecil. Pastikan kacau sentiasa.
4. Kemudian, masukkan kelapa tadi ke dalam kuali. Gaul sehingga kelapa dan tepung menjadi sebati.
5. Sangai lagi selama 5 minit sehingga menjadi agak ringan.
6. Selepas itu, masukkan gula. Gaul lagi sehingga bercampur rata.
6. Apabila semuanya sudah sebati, tutup api dan sejukkan terlebih dahulu sebelum diletakkan ke dalam plastik.
Selamat mencuba!
Kredit resipi dan gambar: Hashikin Halim, iCookAsia
Baca juga: Cara Buat Kerepek Terung Rangup Untuk Kudapan, Anak-Anak Makan Berebut!