Categories: Resipi

Roti Sosej Cheese Rangup, Menu Sarapan & Bekal Sekolah Paling Anak-Anak Suka!

Musim sekolah makin dekat, mesti ramai mak-mak mula pening fikir sarapan dan bekal anak setiap pagi. Kalau nak menu ringkas, jimat tapi anak-anak memang suka, Roti Sosej Cheese rangup ini wajib dicuba.

Cara buat Roti Sosej Cheese sangat mudah dengan menggunakan bahan asas dapur dan menu ini memang kegemaran anak-anak. Resipi ini juga sesuai dibuat awal pagi tanpa ambil masa lama.

Gabungan roti keping yang rangup di luar, sosej lembut di dalam dan keju yang cair bila digigit memang buat ramai jatuh cinta. Ramai yang sudah cuba resipi ini dan kata anak-anak terus minta buat lagi keesokan harinya.

Baca juga: Roti Sardin Goreng Rangup Guna 5 Bahan Mudah, Menu Paling Anak-Anak Suka!

RESIPI ROTI SOSEJ CHEESE

Bahan-bahan:

Cara-cara memasak:

1. Rebus atau celur sosej selama 2 hingga 3 minit dalam air yang sedang mendidih. Angkat dan toskan.

2. Campurkan 1 sudu kecil tepung gandum dengan sedikit air. Kacau hingga menjadi pekat dan likat seperti gam. Campuran ini digunakan untuk melekatkan hujung roti supaya tidak terbuka ketika digoreng.

3. Gelek roti keping hingga nipis menggunakan penggelek. Jika tiada, boleh gunakan gelas sahaja. Buat hingga habis semua roti yang ingin digunakan.

4. Letakkan sekeping cheese slice di atas roti. Susun sosej di hujung roti. Gulung roti dengan kemas. Sapu ‘gam’ tepung di bahagian hujung roti supaya melekat. Ulang langkah ini sehingga semua roti siap digulung.

5. Pukul telur seperti nak buat telur dadar. Celupkan roti gulung ke dalam telur. Golekkan pula di atas serbuk roti hingga bersalut rata.

6. Panaskan minyak dengan betul-betul panas, kemudian goreng roti menggunakan api sederhana hingga keperangan dan rangup. Angkat dan toskan minyak.

Tips supaya roti sosej cheese lagi sedap dan cantik:

  • Pastikan roti digulung ketat supaya keju tak meleleh keluar.
  • Minyak mesti panas sebelum goreng untuk elakkan roti menyerap minyak.
  • Boleh guna sosej ayam, daging atau sosej keju ikut selera.
  • Nak versi air fryer pun boleh, goreng pada 180°C selama 10 hingga 12 minit.

Kalau mak-mak tengah cari idea sarapan atau bekal sekolah yang ringkas tapi anak suka, Roti Sosej Cheese memang berbaloi untuk dicuba. Simpan resipi ini, nanti boleh buat berulang kali.

Selamat mencuba!

Sumber: Yusma Mustafa

Baca juga: Cara Buat Jemput Jemput Roti Tak Serap Minyak, Rangup Bukan Main Lagi!

Aimi

Recent Posts

Tips Chili Oil Tahan Lama, 6 Bulan Masih Elok Walaupun Disimpan Pada Suhu Bilik!

Petua chili oil tahan lama antara perkara yang sering dicari, terutama bagi mereka yang gemar…

14 hours ago

Resipi Kuetiau Hong Kong Dengan Kuah Pekat & Aneka Lauk, Buat Sendiri Di Rumah Lagi Puas!

Kuey teow Hong Kong antara menu yang menjadi pilihan ramai apabila teringin menikmati hidangan mi…

14 hours ago

Resipi Creamy Udon Pedas Ikut Tekak Melayu, Letak Pula Chili Oil Memang Puas Makan!

Ada kalanya, menu makan malam yang berbeza daripada kebiasaan boleh menaikkan selera selepas seharian sibuk…

15 hours ago

Serabai Istimewa Penang Kini Tersenarai Dalam MICHELIN Bib Gourmand 2027, Beroperasi Sejak 1975!

Kuih serabai mungkin nampak seperti hidangan tradisional biasa, tetapi sajian warisan ini berjaya mendapat perhatian…

16 hours ago

Resipi Ikan Bilis Sambal Goreng, Jangan Gaul Ketika Masih Panas Kalau Nak Kekal Rangup!

Resipi ikan bilis sambal goreng antara hidangan yang mudah disediakan dan sesuai dijadikan stok lauk…

17 hours ago

Kebaikan Kimchi Untuk Kesihatan, Rupanya Bukan Sekadar Untuk Lawas…Otak Pun Dapat Manfaat!

Kimchi merupakan makanan tradisional Korea yang diperbuat daripada kubis Cina melalui proses fermentasi. Selain rasanya…

18 hours ago