roti kerca

Roti Kerca merupakan hidangan istimewa yang disukai oleh golongan bangsawan dan kerabat diraja terutamanya di utara Malaysia pada zaman dahulu.

Hidangan ini selalunya disajikan bersama kuah kari daging yang lembut dan dihiasi dengan bawang goreng. Selain ditambah dengan daun bawang bagi menaikkan aroma yang lazat.

Dato Sri Siti Nurhaliza, penyanyi terkenal Malaysia, turut berkongsi satu resipi istimewa bagi Roti Kerca yang menjadi kegemaran dalam keluarganya. Beliau memperoleh resipi ini daripada Mak Engku, ibu kepada Datin Seri Tengku Zawiyah yang berasal dari negeri Kedah.

Baca juga: Roti Loyang Cheese Gula, Lembut Gebu Dan Wangi Kejadiannya

Walaupun hidangan roti ini mempunyai pelbagai variasi resipi, namun olahan idea dari Tokti ini pastinya mempunyai citarasa yang unik dan istimewa.

Mari kita lihat bagaimana cara untuk menyediakannya menerui perkongsian Khairul Hakimin Muhammad yang mengikuti resipi versi Tokti ini.

RESIPI ROTI KERCA ALA SITI NURHALIZA

Bahan-bahan: Roti Kerca

Cara-cara penyediaan roti:

1. Dalam mangkuk besar, campurkan tepung gandum, telur, air, dan garam. Gaul rata bahan-bahan ini. Biarkan bancuhan sedikit cair supaya roti tidak gagal.

2. Selepas bancuhan siap, panaskan pan dengan sedikit minyak.

3. Kemudian, masukkan satu senduk bancuhan ke dalam pan dan ratakan pada pan. Biarkan ia masak lalu angkat dan ketepikan.

4. Gulung kecil roti tersebut dan gunting serong.

Bahan-bahan: Kuah Kari

  • 2 batang daun kari
  • 3 sudu besar serbuk kari daging
  • 1 batang kayu manis
  • 2 kuntum bunga lawang
  • 3 biji buah pelaga
  • 4 sudu besar puri tomato
  • 1 cawan santan
  • 1 pek daging cincang
  • Garam

Bahan kisar:

  • 10 biji bawang merah kecil india
  • 4 biji bawang putih
  • 2 inci halia

Cara penyediaan kuah:

1. Panaskan minyak dan masukkan daun kari, kulit kayu manis, bunga lawang dan buah pelaga.

2. Kemudian masukkan bahan-bahan kisar. Tumis sampai naik bau dan pecah minyak.

3. Masukkan pula rempah kari daging yang dah dibancuh, masukkan sesikit air.Tumis sampai rempah betul-betul masak sehingga kering.

4.Masukkan pula daging cincang, kacau sebati dan masukkkan pula sedikit garam.

5. Masukkan secawan santan dan lihat kepekatannnya. Bergantung pada kuantiti yang anda nak masak.

6.Masukkan puri tomato dan biarkan ia mendidih. Tutup api dan sedia untuk dihidang bersama roti.

Video penuh:

@khairul_hakimin

Roti Kerca Tokti @Siti Nurhaliza okeh. Hihi. Bahan-bahannya: 1/2kg tepung gandum 3 biji telur Sedikit garam Sedikit minyak sapi Air secukupnya Bahan kisar 10 biji bawang merah kecil india 4 biji bawang putih 2 inci halia Bahan tumis 2 batang daun kari 3 sudu besar serbuk kari daging 1 batang kayu manis 2 kuntum bunga lawang 3 biji buah pelaga 4 sudu besar puri tomato 1 cawan santan 1 pek daging cincang Garam Selamat mencuba semua! Sedap terukkkk! #ramadan #puasa #tiktokcookbook #tiktokrecipe #ctdk #sitinurhaliza #tiktokmalaysia #malaysia #kongsibersama #kongsiresipi #kongsirezeki #kongsiselera #sedap #KhairulHakiminMuhammad #iftar #berbuka

♬ Betapa Ku Cinta Padamu – Siti Nurhaliza

Selamat mencuba dan nikmati Roti Kerca ala Siti Nurhaliza bersama keluarga tercinta!

Sumber: TikTok Khairul Hakimin Muhammad

Baca juga: Puding Roti Karamel Gediks, Resipi MUDAH Dan Sejuk Tekak Dibuatnya!

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN